Sebelum ini usahawan popular Dato’ Aliff Syukri ada berkongsi di mana isterinya, Datin Shahida kini sedang hamil bayi kembar.
Pada awalnya, Dato’ Aliff ingin merahsiakan perkara ini daripada umum dan ingin membuat kejutan.
Namun apabila melihat keadaan isterinya sekarang, Aliff terpaksa memberitahu hal yang sebenar.
Melalui satu perkongsian terbaru di Instagram, Shahida menjelaskan mengenai status kandungannya yang terkini.
Alhamdulillah terima kasih pada semua yg prihatin dm dan whatspp saya…. terlalu byk saya x sempat nak balas….
Saya mmg hamil kembar tapi salah satunya dah alami pendaraahan semalam dan mungkin keguuguran
Baca: [VIDEO] Walaupun Anak Bongsu Baru 11 bulan, Aliff Syukri Bakal Timang Anak Kembar?
mungkin saya sendiri yg terlalu aktif. campur mcm2 benda yg berlaku seminggu dua ni jadi saya mmg agak sibuk dan stress… .
satu lagi baby masih ada… Alhamdulillah nampak sihat dan masih juga dalam pantauan…
terima kasih pada semua yg mendoakan.
Rata-rata netizen mendoakan kesihatan Shahida dan kandungan.