Connect with us

Selebriti

“Saya nak gaji RM3,500, duduk rumah teres, pakai kereta Exora” Aliff Syukri Tak Bahagia Hidup Mewah?

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang. Ini kerana, menurut Aliff, 33, kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini. “Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila […]

Beberapa hari ini nama usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi bualan netizen dengan pelbagai isu.

Terbaru, Aliff mendedahkan bahawa dia terdetik untuk kembali menjalani kehidupan lamanya sebelum dia menjadi seorang yang dikenali ramai seperti sekarang.

Menurut Aliff kemewahan dan populariti yang diraihnya pada hari ini dirasakan bukanlah jaminan kepada kebahagiaan hidup yang diimpikan selama ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Aliff memberitahu, semasa hidup susah dahulu, dia fikirkan hidupnya akan menjadi seronok apabila mempunyai wang yang banyak.

Namun sebenarnya semakin banyak wang, dia semakin hilang kawan, privasi dan masa.

“Dulu waktu saya susah, saya sangkakan apabila kita ada duit, kita akan seronok, tapi sebenarnya kalau kita banyak duit, kita akan hilang banyak benda seperti hilang kawan, hilang privasi dan hilang masa.”

Malah, Aliff Syukri merasakan seperti mahu menukar dirinya menjadi orang yang tak dikenali.

“Saya rasa macam nak tukar diri saya nak jadi orang yang tidak ingin dikenali, saya nak patah balik (kehidupan lama). Saya rasa nak berhenti daripada media sosial, nak bawa apa yang saya ada ke luar negara,” katanya kepada Gempak.

Aliff juga menyatakan dia mahu rasa bagaimana mempunyai gaji hanya RM3,500 dan duduk di rumah teres serta hanya mempunyai sebuah proton Exora.

“Saya nak gaji RM3,500, saya nak duduk rumah teres, mungkin saya nak ada kereta Exora dan menyorokkan diri, daripada apa yang saya pernah inginkan 15 tahun lepas.”

Baginya semua bnda itu mampu membuatkannya bahagia tetapi manusia tak pernah cukup dengan apa yang ada.

“Saya rasa benda itu lebih buat saya gembira. Tapi itulah, manusia ini tak pernah cukup, dah dapat apa yang dihajati, mahukan lain pula,” luahnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Namun begitu, Aliff berkata setiap apa yang dilaluinya itu menjadikan dirinya seorang yang lebih matang.

“Saya percaya apa yang berlaku dalam hidup ini buat saya lebih matang. Saya akui saya sudah kedepankan diri dan inilah benda yang saya perlu terima. Saya perlu bangun dan bangkit,”

Terdahulu, Aliff terpalit dengan beberapa isu termasuklah pergolakan rumah tangga dan kesnya dengan anak angkat, Ameena.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.