Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya adalah Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired merupakan seorang pelawak, pelakon dan pengacara Malaysia.
Sharifah Sakinah sahkan telah berpisah dengan suami
Pelakon ini telah mengesahkan rumah tangganya dengan juruterbang sebuah syarikat pengangkutan udara, Aliff Adha, berkecai sejak Mei lalu.
Menurut Sharifah Sakinah lagi, dia dan Aliff Adha sudah tidak tinggal sebumbung sejak Mac lalu.
“Kami berpisah secara rasmi pada Mei lalu” lapor Berita Harian.
Kami berpisah dengan baik
“Tapi kami berpisah dengan baik. Keputusan ini juga perlu mengambil kira anak kami, Anais Adha yang berusia tiga tahun,” katanya kepada BH Online.
Sebelum ini, tersebar kisah konon Aliff secara terbuka menggunakan aplikasi untuk bersosial di internet, sekaligus mencetuskan spekulasi hubungan mereka.
Saya tidak boleh jadi isteri yang baik
Apabila ditanya apakah perpisahan itu berpunca orang ketiga, adik kepada Sharifah Shahira ini menafikan perkara itu.
“Saya tidak boleh jadi isteri yang baik. Saya sedar kekurangan diri. Soal dia nak guna aplikasi ‘dating’ … itu haknya. Suka hati dialah nak buat apa, saya tak campur” katanya.
Biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing
“Selebihnya, biarlah saya dan dia bahagia dengan cara masing-masing. Itu sebaik-baiknya,” katanya.
Selain itu, Sharifah Sakinah berharap penjelasan itu dapat memberi pencerahan kepada teka-teki dan persoalan berbangkit.
Terdahulu, Sharifah Sakinah berkahwin dengan Alif Adha Jamil pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang bernama Anais Adha.