Nama Erni Nurshahira atau Ernisha mula meningkat naik menerusi program Dewi Remaja 2018/2019 bagi edisi yang lalu.
Finalis Dewi Remaja 2018/2019
Ernisha pernah menimbulkan kontorversi suatu ketika dahulu menerusi satu video yang tersebar bersama beberapa finalis dewi remaja.
Ernisha dikatakan berpakaian kurang sopan dan meminum minuman keras di kelab malam ketika imejnya masih bertudung ketika itu.
Pengakuan tidak lagi mengenakan hijab seperti sebelum ini.
Menerusi Harian Metro, Ernisha telah membuat pengakuan tidak lagi tampil dengan imej bertudung seperti sebelum ini.
Menurutnya, keputusan yang diambil oleh dirinya kerana enggan mempermainkan agama dan tidak mahu terus dilabel hipokrit.
Sememangnya “on-off” mengenakan hijab
Selain itu, Ernisha turut mengakui sebelum ini dia sememangnya “on-off” mengenakan hijab sehingga ramai bertanyakan mengenai imej sebenarnya.
“Saya mengaku sudah tidak lagi berhijab kerana bukan mudah untuk membawa imej wanita muslimah,” kata bekas finalis Dewi Remaja 2018/2019, Erni Nurshahira Khairul Zaman atau Ernisha mengenai keputusannya itu.
Ramai yang mempersoalkan penampilan diri sebenar
“Saya akui sebelum ini saya memang ‘on and off’ berhijab hingga ramai mempersoalkan penampilan diri yang sebenar”.
“Saya memang nak bertudung tapi sebagai manusia adakalanya iman kita ada turun dan naik. Ia bukan satu perkara yang mudah”.
“Saya enggan dilabel sebagai wanita munafik atau hipokrit membuatkan mengambil keputusan untuk tidak lagi berhijab”.
“Kecaman yang diterima membuatkan saya rasa diri ini sangat jahat dan seolah-olah sedang mempermainkan agama,” katanya.
Keputusan yang sukar buat dirinya
Keputusannya untuk tidak berhijab turut ditentang ahli keluarga namun Ernisha cuba berterus-terang mengenai ketidaksediaannya itu.
“Sudah tentu keluarga tidak boleh terima dengan keputusan ini tapi saya cuba terangkan dengan sebaik mungkin dan memberitahu perkara sebenar”.
“Syukur keluarga memahami dan sentiasa mendoakan supaya saya punya kekuatan satu hari nanti untuk berhijab sepenuhnya”.
“Dulu pun ketika menyertai Dewi Remaja, ibu yang meminta saya berhijab kerana bakal mengintai peluang dalam bidang seni meskipun hati belum bersedia ketika itu. Saya sudah cuba tapi hidayah itu belum tiba,” katanya.
Ernisha turut berharap orang ramai tidak terus mengecam dirinya dan keluarga dan meminta orang ramai mendoakannya supaya imannya kuat untuk berhijab pada masa mendatang.
Perkembangan terbaru Ernisha yang kini sedang mengintai peluang dalam bidang lakonan dan sudah membintangi beberapa drama bersiri serta telemovie di RTM selain turut aktif menerima tawaran pengacaraan.