Sejak kebelakangan ini, penyanyi terkenal Shila Amzah atau nama sebenarnya Nur Shahila binti Amir Amzah sering menjadi perbualan hangat netizen di platfrom media sosial. Seperti yang kita tahu, Shila telah berpisah secara baik dengan bekas suaminya pada tahun ini. Oleh sebab itu, ramai pihak yang tertanya-tanya akan ‘status’ percintaan penyanyi ini.
Pun begitu, Shila Amzah tampil menjelaskan dia tidak akan berhenti untuk mencari cinta walaupun telah melalui kegagalan rumah tangga sebelum ini.
Menurut sumber, juara The Masked Singer Malaysia musim ke-2 ini mengatakan bakal berhati-hati dalam memilih pasangan namun jika dia ditakdirkan untuk menemui jodoh penyanyi ini akan menerima dengan tangan dan hati yang terbuka.
Jika ditanya pada mana-mana manusia sekalipun berkenaan dengan perkahwinan, perhubungan, untuk memiliki anak sekalipun, kita tidak akan pernah bersedia. Sebab benda-benda itu sukar untuk dijangka.
“Contohnya, kamu bersedia untuk bertemu dengan orang A, namun yang datang kepada kamu orang B. Jadi bagaimana? Bagi saya, tertakluk pada prinsip dalam hidup iaitu bukan semua orang sama. Begitupun, kalau jodoh datang pada saat dan ketika itu, saya terima dengan hati dan tangan yang terbuka. Tapi dalam masa sama, saya akan lebih berhati-hati,” katanya.
Tambahnya, Shila menyifatkan fasa percintaan merupakan fasa yang digemari kerana ia seperti perkara yang sangat indah.
“Sebab saya suka dilamun cinta! Berada dalam alam percintaan memberikan rasa yang sangat indah tapi sudah tentu ia datang dengan halangan juga kan…saya ada banyak cinta untuk dikongsikan dan ia membuatkan fikiran kita hidup,” ujarnya.
Walau bagaimanpun, anak kepada penyanyi veteran ND Lala ini hanya mahu menikmati zaman solonya buat masa sekarang dan tidak mempunyai perancangan untuk menamatkan fasa ibu tunggal.
“Kalau nak katakan saya mahu tamatkan zaman solo saya as soon as possible… no, itu tidak. Saya tengah nak enjoy sort of my single life. Selagi saya belum berkahwin saya anggap saya single,”
Sekadar info, Shila telah mendirikan rumah tangga bersama Haris Idraki Elias pada April 2018. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais.