Connect with us

Viral

“Saya tak dendam, tapi kalau nak minta maaf tunggulah..” Pak Guard Diblasah Pelawak Kongsi Cerita Sebenar

Satu rakaman video yang memaparkan seorang pelawak terkenal memblasah seorang pengawal keselamatan yang sudah berusia telah viral semalam.

Pengawal keselamatan tersebut, Yahya Manap menceritakan semula bagaimana pada mulanya dia menyedari sebuah kereta Proton tanpa kebenaran memasuki kawasan perumahan yang dijaganya itu.

Katanya, dia pelik dengan tindakan pelakon tersebut lantas membuat keputusan mengekorinya dengan motorsikal.

“Saya pelik dengan tindakan lelaki itu lalu menunggang motosikal mengekorinya bertujuan memintanya membuat pendaftaran dulu. Namun, sebaik tiba di depan sebuah rumah, saya lihat dia sedang bertngkar”

Kemudian, pelakon itu berhenti di hadapan palang yang bertutup dan memarahi Yahya sambil menndang motor miliknya.

“Saya mengekori semula keretanya dan dia berhenti di depan palang yang bertutup. Dia memarahi supaya membuka palang itu dan menndang motosikal saya. Saya cuba beri penjelasan, tetapi dia menmbuk muka saya tiga kali dan menndang pinggang”

Malah, lebih dahsyat lagi, pelakon itu mengambil batu yang agak besar dan membalingnya ke arah Yahya.

Nasib Yahya baik kerana dapat mengelak dan batu tersebut mengenai kerusi.

“Dia kemudian ambil batu membalingnya ke arah saya namun saya sempat mengelak dan mengenai kerusi. Siapa pun, dia tidak sepatutnya cedrakan orang lebih berusia seperti saya”

Bimbang keadaan menjadi semakin tegang, Yahya membuka palang terbabit dan pelawak itu beredar namun sempat memberikan amaran.

Yahya mendakawa, akibat dari insiden itu, beliau mengalami kecedraan pada hidung, muka dan sakit di bahagian pinggang serta lutut.

Yahya juga berkata dia tidak berdendam cuma sedih dengan kejadian itu dan meminta jika pelakon itu mahu memohon maaf tunggulah sehingga dia sihat nanti.

“Saya ada keluarga. Isteri dan anak juga kecewa serta sedih lihat keadaan saya begini. Kalau dia nak minta maaf, tunggulah saya sihat dulu.

“Saya tidak berdendam cuma sedih dengan perbuatannya itu”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.