Solat Jumaat merupakan Fardhu bagi kaum lelaki yang beragama Islam. Sudah menjadi kewajipan bagi yang mampu untuk ke masjid menunaikannya.
Pun begitu, masalah pengangkutan sering menjadi isu utama bagi pelajar yang menduduki asrama ataupun kolej oleh kerana jarak kolej dengan masjid yang agak jauh.
Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seoranag pelajar Universiti bersama rakannya yang lain sedang alami cabaran kekurangan pengangkutan untuk membawa mereka keluar dari kolej mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @bahuluhangusss, mereka terkandas di kolej kediaman ekoran tiada pengangkutan yang boleh membawa mereka ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat.
“bas untuk pergi solat jumaat harini 2 trip je..mana nak cukup dengan student yang 100 lebih orang.. lepastu bila minta bas yang kebetulan hantar student perempuan balik asrama dari kelas face to face dekat kolej, dia kata ‘saya tak dibayar untuk bawa kamu semua'” tulis lelaki ini.
Lebih menakitkan hati adalah, bas yang sedia ada tidak dapat membawa mereka kerana ia merupakan arahan dari pihak atasan.
Bagaimana pun, mereka tidak menunding jari ke arah pemandu bas tersebut kerana pemandu bas tersbeut hanya mengikut arahan daripada pihak atasan dan dia juga sempat memberitahu pelajar bahawa dia bimbang jika naik bas tersebut, tiada yang akan dapat menghantar mereka semula ke kolej.
Perkongsian pemuda ini bukan sahaja mendapat perhatian warga netizen terutamanya yang beragama islam malah ianya juga mendapat perhatian daripada Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri iaitu Menteri Hal Ehwal Agama.
Beliau memandang serius tentang perkara ini dan memaklumkan sedang menunggu maklum balas daripada pentadbiran USIM.
Video yang tular di laman TikTok:
Ketika artikel ini ditulis, vieo tersebut telah meraih 1.5M tontonan, 69.4K tanda suka, 26 komen dan 733 perkongsian di applikasi TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen