Khabar angin mengenai masalah rumah tangga Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim terus menjadi persoalan sehingga hari ini.
Fizo Omar yang merupakan seorang pelakon dan pengacara tidak memberi sebarang komen kepada media mengenai konflik rumah tangga mereka.
Rata-rata netizen mula curiga apabila Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim masing-masing beraya secara berasingan di kampung masing-masing.
Mereka berkongsi gambar raya tanpa satu sama lain, namun ketika itu mereka menafikan dakwaan mengenai masalah rumah tangga tersebut.
Selang beberapa minggu selepas itu, satu lagi khabar angin mengenai pergolakan rumah tangga mereka di bangkitkan.
Kali ini Fizo Omar menjawab persoalan rumah tangga beliau setelah banyak pihak yang mempersoalkan isu tersebut.
Lapor Harian Metro Fizo Omar meminta diberikan ruang dan masa untuk mereka ketika ini dan beliau tidak mahu memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.
“Saya tidak boleh beri sebarang kenyataan buat masa ini. Berilah saya masa sikit. Bila semua sudah okey barulah saya akan beri kenyataan kepada media”.
“Saya mohon maaf kerana tidak dapat menjawab panggilan. Buat masa ini lebih baik saya tidak beri sebarang komen. Saya akan tampil memberi penjelasan kepada semua pihak apabila sampai masanya nanti,” katanya seperti dilapor portal itu lagi.
Beliau turut ditanya mengenai isu sudah tidak tinggal sebumbung, namun Fizo tidak memberi sebarang komen dan hanya mahu semua peminta mendoa perkara yang baik-baik sahaja.
“Saya minta maaf tidak boleh komen lanjut tentang itu. Insya-Allah doa yang baik-baik sahaja buat kami.”
Namun begitu, peminat diharap tidak mengeluarkan sebarang spekulasi mengenai rumah tangga mereka dan memberi ruang kepada mereka ketika ini.
Menurut Fizo, dia sudah berusaha memberikan yang terbaik untuk rumah tangganya itu.
“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.
Tambahnya lagi, jika Allah sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik, dia redha dengan ketentuan-Nya itu.
“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya ,” katanya.
Pada mulanya masalah yang dihadapi mereka tidak begitu serius dan mereka sudah berbincang secara baik.
Walaubagaimanapun, apabila Fizo tahu Mawar sudah mendapatkan nasihat peguam, dia sedar perkara ini menjadi serius.
“Namun, apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapat nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius,” katanya.
Malah Fizo hanya mendapat tahu Mawar sudah bertemu peguam untuk mendapat nasihat berkaitan rumah tangga mereka menerusi media.
“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini,” katanya.
Pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim selamat diijabkabul dengan sekali lafaz pada 10 November 2013 kira-kira jam 9.32 pagi di Country Heights, Kajang.
Hasil perkahwinan ini, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Wan Maryam.
Pingback: Muatnaik Foto Bersama Mawar, Luahan Hati Fizo Omar Buat Peminat Sebak | YOY Network