Connect with us

Selebriti

“Saya tak perasaan..” Dulu Dato Aliff Syukri Unfollow Sekarang Bonda Rozita Pula?

Baru-baru ini, Datuk Seri Aliff Syukri telah menjadi perhatian ramai apabila surat tuntutan cerai Datin Seri Nur Shahida tersebar di media sosial.

Namun begitu, surat tuntutan tersebut telah dimuat naik sendiri oleh Dato Seri Aliff Syukri di akaun Instagram miliknya.

Kemelut rumah tangga usahawan kosmetik ini dikatakan berantakan apabila kedua-duanya dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing, sejak bulan lalu.

Ibu Aliff Syukri turut ‘unfollow’ menantunya di Instagram

Difahamkan, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim juga turut dilihat ‘unfollow’ menantunya.

Walaubagaimanapun, menurut Shahida dia tidak mengetahui jika ibu mentuanya ‘unfolow’ beliau di Instagram.

Hanya mengetahui Aliff Syukri unfollow beliau melalui komen netizen

Malah, beliau juga tidak mengetahui jika suaminya juga tidak lagi mengikutinya di Instagram dan hanya mengetahui perkara tersebut daripada komen-komen netizen.

 “Saya tak perasaan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya“ujar beliau kepada Berita Harian.

Saya tidak ambil pusing

Menurut beliau lagi, beliau tidak mengambil kisah mengenai hal tersebut dan turut berkongsi keadaan beliau dan anak-anak.

“Sejujurnya, saya juga tak tahu Alif ‘unfollow’ saya tempoh hari. Saya hanya tahu daripada komen netizen”.

“Bagaimanapun, tak mengapalah, saya tak ambil pusing pun,” katanya kepada BH Online.

Saya dan anak-anak dalam keadaan baik

Selain itu, beliau sempat berkongsi keadaan terkininya bersama anak-anak yang dikatakan dalam keadaan tenang sahaja dirumah.

“Alhamdulillah, saya dan anak-anak berada dalam keadaan baik. Sihat semuanya”.

Sementara itu, beliau dan anak-anak turut menjalani Perintah Kawalan Pergerakan di rumah dan hanya keluar ketika mahu membeli keperluan asas sahaja.

“Saya hanya keluar rumah apabila kehabisan barang dapur, selebihnya masa saya banyak bersama anak-anak”.

Ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu penceraian

Namun begitu, ketika diajukan soalan mengenai keretakan hubungan rumahtangga beliau dan isu memfailkan perceraian di mahkamah, Shahida tidak dapat memberikan komen lanjut.

“Maaf, saya tak dapat komen. “Bagi saya, ini bukan masa yang sesuai untuk bercakap isu perceraian”.

Ujar beliau lagi, apa yang lebih penting ketika ini adalah kesihatan dan keselamatan anak-anaknya ketika penularan isu Covid-19.

Fokus kesihatan dan keselamatan anak-anak

“Sekarang, seluruh dunia sedang berdepan dengan musibah penularan virus COVID-19. Jadi, fokus saya mengenai keselamatan anak-anak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

kalau raudhah dah pandai jalan nescaya dia akan selit masuk dalam ni kan😅

A post shared by Nur Shahida Mohd Rashid (@shahidadherbs) on

Sebelum ini pelbagai spekulasi timbul ekoran Aliff  Syukri dikatakan mendedahkan surat tuntutan cerai isterinya di Instagram.

Namun begitu, Aliff turut menafikan melafazkan cerai terhadap Shahida ketika menjawab komen netizen dalam ruangan soal jawab di Instagram Story, beberapa hari lalu.

Selain itu, kes perbicaraan perceraian pasangan ini dikatakan bakal didengar selepas tamat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.