Connect with us

Selebriti

“Saya yang duk kira duit dia.” Pengurus Puteri Sarah Tampil Bersuara

Sejak beberapa hari ini, kisah rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah menjadi topik perbualan hangat netizen di sosial media kerana sebelum ini Sarah didakwa dilanda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga sehingga kini.

Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul. Pelbagai spekulasi, fitnah, tomahan yang dibuat oleh netizen kepada Puteri Sarah berikutan isu hal rumah tangganya.

Disebabkan hal ini menjadi tumpuan ramai, pengurus kepada Puteri Sarah juga tampil menyuarakan pandangan mengenai sengelintir netizen yang mengeluarkan spekulasi tidak benar berkenaan isu rumah tangga pelakon terbabit.

Emi Mat Rozekhi, pengurus Puteri Sarah melalui Insta Story yang turut dikenali sebagai Emi meminta agar netizen sentiasa berhati-hati apabila berbicara agak tidak menjadi fitnah.

Dalam pada itu, Emi turut menyelar tuduhan yang mendakwa pemilik nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin enggan bercerai disebabkan kekayaan suaminya. Emi juga berkata Puteri Sarah gigih mencari rezeki di atas usaha sendiri.

“Bukan nak jadi batu api tapi nak pesan, dalam apa jua keadaan, jaga jari. Jangan tulis sampai lupa diri. Baca dan reserve your comments sebab bukan kita yang hadap.

Damage had been done. Moga pihak sana jadikan pelajaran”.

“Saya yang duk kira duit dia. Saya tau la dia tak heran pun title ‘kaya’ tu. Tetapi dia bekerja sangat keras untuk berada di tempat dia sekarang.”

“Tahap kerajinan dia boleh kalah orang lain. Mak tabik yang tu sangat-sangat. Jadi yang tak tau, jangan main redah tulis sampai makan diri” ujarnya yang mendedahkan latar belakang Puteri Sarah yang tidak diketahui oleh orang lain.

Sekadar info, Puteri Sarah Liyana, 37, berkahwin dengan Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.

Pada 30 Jun yang lalu, Puteri Sarah ada memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) susulan gangguan ‘orang ketiga’ yang dikenali ramai iaitu Ira Kazar dalam rumah tangganya.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.