Pasangan selebriti Scha Al Yahya dan Awal Ashari baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran permata hati mereka yang ke-enam pada rabu lalu.
Pelakon dan hos terkenal itu ada menitipkan dedikasi istimewa buat permata hatinya, Lara Alana.
Scha titipkan nukilan menyentuh hati buat permata hatinya
Malah, juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 itu turut menyatakan yang beliau akan menyayangi Lara selamanya.
View this post on Instagram
💜
A post shared by Scha Alyahya™ (@schaalyahya) on
Selain itu, Scha turut berkongsi 10 momen indah bersama Lara bersama rangkuman foto yang mengimbau kenangan.
Lara Alani sambut ulangtahun keenam
“Happiest 6th Birthday to the girl who stole my heart. I love you today, tomorrow and always my precious daughter @laraalanaa” tulis pengacara ini.
Sementara itu, menerusi laman Instagram juga Awal Ashaari berkongsi tarikh istimewa tersebut beserta sebuah video ketika Lana masih kecil.
Terdahulu, Scha dan suaminya yang juga pelakon dan hos, Awal Ashaari berkahwin pada pada 4 Mei 2012.
Pasangan selebriti ini telah dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Lara Alana pada 22 Julai 2014.