Seperti yang sering kita dengar, bapa merupakan kekasih pertama anak perempuan. Insan yang bergelar bapalah yang menjaga hati dan menyayangi anak perempuannya dengan sepenuh hati. Bahkan kalau boleh, tiada seorang pun yang dibenarkan menyakiti anaknya.
Oleh sebab itu, tak hairanlah jika kita lihat si ayah mengalirkan air mata di saat ingin melepaskan anak perempuannya membina kehidupan baharu bersama pasangan yang dipilih.
Persis yang terjadi baru-baru ini, satu video TikTok yang dimuat naik oleh jurugambar bernama Fitrin Ruslee telah memaparkan gugurnya air mata seorang bapa ketika membacakan lafaz wakil wali di depan jurunikah.
Majlis itu mengambil sedikit masa memandangkan si bapa tidak dapat membaca lafaz dengan baik. Dia banyak kali dilihat tertunduk mengesat air mata yang jatuh tidak henti-henti.
Walau bagaimanapun, jurunikah dan ahli keluarga berjaya memujuknya supaya bertenang dan kuat menahan rasa sebak itu.
Setelah itu, bapa yang mengenakan baju Melayu hitam itu akhirnya berjaya membaca lafaz sehingga habis setelah ditenangkan oleh seorang lelaki. Pengantin perempuan yang berada di atas pelamin turut dilihat mengesat air mata.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sedih melihat si bapa yang menangis gara-gara tidak dapat menahan sebak saat-saat melepaskan anak perempuannya.
Selain itu, mereka juga berharap agar pengantin lelaki tidak mensia-siakan isterinya kerana sungguh jelas, bapa mertuanya amat menyayangi isterinya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“tolong jgn sia²kan anak nye… ayahnya sgt menyayangi anaknya🥺”
“hrap menantu lelaki tu faham bila dah bertukar tnggjwb 🥰🥰”
“kasihnya seorang ayah terhadap ank perempuannya😢😢 auto keluar air mata😭😭😭😭😭”
Video yang tular di laman TikTok