Rakyat Malaysia ketika ini masih menjalani Perintah Kawalan Pergerakan ekoran daripada wabak Covid-19 yang semakin tinggi di negara ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai perlu duduk dirumah masing-masing dan hanya individu barisan hadapan sahaja yang dibenarkan menjalankan tugas.
Ekoran dari kes yang semakin meningkat, barisan hadapan dilihat bekerja keras dan bekorban demi membantu negara menangani wabak ini.
Sayu melihat anggota polis menjaga negara
Melihat pengorbanan mereka ini, antara individu yang turut menghulurkan bantuan kepada barisan hadapan negara ketika ini adalah Ustaz Ebit Lew.
Menerusi perkongsian di laman sosial Facebook, beliau memberikan sumbangan dalam kepaa anggota polis yang sedang menjaga keamanan negara ketika ini.
“Terasa sayu bila tengok anggota polis yang sedang menjaga negara. Belikan mcDonald bawakan untuk mereka”.
Mereka penat dan letih dalam berpanas dan berhujan
Beliau turut memberikan sumbangan makanan kepadaa anggota polis atas penat lelah mereka berhujan dan berpanas demi negara.
“Syukur pada Allah. Sungguh-sungguh mereka jaga semua jalan seluruh kl dan Malaysia. Tentu penat letih berpanas berhujan. Saya pergi ke 12 tempat roadblock”.
“Bawakan makanan untuk mereka. Ada beberapa tempat kata. Allahu sedapnya ustaz. Jika hari-hari bestnya ustaz. Ya Allah”.
Anggota polis turut ajak berselfie
Menurut beliau, ramai anggota polis yang tidak begitu mengenali beliau pada awalnya dan turut tersenyum menerima sumbangan makanan yang diberikan.
“Saya hadir pakai mask ramai tak kenal sangat mulanya. Tapi syukur tadi boss trafik kl tolong bawa ke semua tempat mereka bertugas”.
“Ya Allah bila senyuman mereka dan ramai ajak selfie. Selalu tengok ustaz. Biasa bulat sikit kan. Suka dengar ceramah ustaz. Kurus yer ustaz”.
“Terima kaseh Asp Agus JsptKl, asp juliana, asp shida mudahkan urusan tadi. Allah sayang”.
Gembira dapat tumpang pahala dan kebaikan anggota polis
Beliau dikatakan turut gembira dapat memberikan kata-kata semangat kepada anggota yang terlibat
“Ya Allah gembira rasa dapat memberi sedikit kata semangat dan tumpang pahala dan kebaikan mereka”ujarnya lagi.
Selain itu, Ustaz Ebit Lew turut menyeru orang ramai untuk duduk dirumah dan memudahkan urusan pihak berkuasa menjalankan tugas
Mudahkanlah abang polis kita
“Saudaraku duduklah dirumah. Jangan susahkan tugas mereka. Penat ada yang melawan kadang ke sana sini. Panjang jalan jem.
“Mudahkanlah abang polis kita ini. Yang keluar jangan bawa laju-laju. Bahaya untuk mereka. Terimalah ya Allah semuanya jadi asbab kebaikan dan hidayah”.
“Pohon doakan ya nak usaha sediakan khemah tertutup, belikan kelengkapan, aircond portable untuk hospital-hospital serta mask untuk barisan hadapan”.
Semoga dengan kerjasama dan bantuan pelbagai pihak ketika ini dapat membantu negara kembali pulih dari wabak ini.