Kes scam ini sememangnya sudah lama berlaku malah ianya boleh berlaku dengan pelbagai cara. Sebab itu lah kita sering diingatkan agar berhati-hati dengan segala transaksi yang meragukan dan yang paling utama adalah tidak memberikan butiran penting sama ada butiran kad bank, ataupun maklumat diri pada orang lain.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Twitter @atanholiday berkongsi kisah beliau memperdaya semula scammer mencuri perhatian ramai.
Pada awalnya, seorang wanita bernama Eiza memaklumkan memerlukan wang sebanyak RM2,000 dan berjanji untuk membayarnya semula pada keesokan harinya.
Mengetahui dirinya dihubungi scammer, lelaki ini memberitahu dirinya tidak mempunyai wang yang banyak dan hanya boleh memberikan sebanyak rm800 sahaja.
Bersetuju dengan rundingan tersebut, Eiza berkata dia akan membayar semula wang berkenaan keesokkan hari pada jam 9.
Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah, walaupun lelaki ini tahu Eiza merupakan scammer namun dia tetap melayan dengan memberikan resit palsu.
Dia juga sempat bertanya mengapa Eiza menyuruh beliau membuat pindahan wang kepada akaun Ahmad Rudi.
Menjawab pertanyaan tersebut, Eiza akui Ahmad Rudi adalah suami beliau serta turut membuat pembuat panggilan kepada lelaki ini beberapa minit selepas lelaki ini maklum bersetuju untuk meminjamkan wang.
Selepas resit palsu diberikan, Atan memaklumkan Eiza telah delete contact beliau sebelum kembali menghubungi Atan semula keesokan harinya bagi meminjam RM300 tambahan bahkan sekali lagi berjanji akan membayar semula RM1,200 sekaligus pada keesokkan hari.
Masih tidak mengalah, Eiza menghubungi Atan berkali-kali, walaupun panggilannya tidak dilayan namun tetap konsisten menghubungi Atan sehinggalah Atan bertindak untuk membuat resit palsu kali ke dua.
Pada kali ini, Eiza meminta agar Rm300 itu dipindahkan ke akaun Anju Florentina.
Di sangka tidak lagi diganggu, Eiza seterusnya meminta lagi RM500 untuk dipinjamkan selepas satu jam resit palsu kedua dihantar. ‘Menariknya’, Eiza pada kali ini memaklumkan sedia bayar semula RM2,000 sekiranya sanggup pinjamkan RM500 ini.
Buat kali ke tiga, Atan mengeluarkan resit palsu dan menghantar ‘bukti pindahan wang’.
Eiza seterusnya meminta buat kali keempat kepada Atan namun pada kali ini sebanyak RM1,800 dan berjanji akan membayar RM4,000 keesokan harinya.
Membuat resit palsu kesekian kalinya, Eiza memaklumkan memerlukan RM1,000 lagi namun pada kali ini dihantar ke akaun bernama Vijay Kumar dan sekali lagi berjanji akan membayar RM5,000 kepada Atan.
Bagaimana pun, segalanya berhubah apabila scammer tersebut menyedari dirinya di scam dari awal perbualan.
Scammer tersebut berang apabila mengetahui tiada satu sen pun duit yang masuk dan kelihatan sangat panik dengan menghubungi Atan beberapa kali.
Masih dalam ‘mode’ menyakat, Atan berlakon seolah-olah risau dengan perkara tersebut. Dia juga meyakinkan Eiza dengan menunjukkan bukti bayaran yang telah dilakukan serta baki akaun yang masih mempunyai baki sebanyak RM37,445.70.
Apa yang lebih melucukan, baki akaun scammer yang meminjam beliau ribuan ringgit ini sekadar mempunyai baki RM27.75 sahaja menerusi gambar yang dihantar menerusi akaun ATM.
Atan juga sempat meminta semula duit yang dipinjamkan namun Scammer itu memaklumkan tiada sebarang duit yang masuk dan terus mengucapkan bye bye pada Atan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen puas hati melihat scammer tersebut di scam semula oleh Atan malah sempat berpesan kepada orang ramai agar tidak mudah terpedaya.
Antara komen warga maya:
Perkongsian yang tular:
Untuk pengtahuan, resit palsu yang dibuat bukanlah menggunakan duit Atan yang sebenar sebaliknya sekadar menyunting gambar resit sahaja.