Connect with us

Viral

Sebab Gurauan Viral, Ibu & Bayi Hidap Kanser Terkandas di Hospital, Suami Tak Lepas Sekatan PKP

Seperti yang semua sedia maklum, ketika Perintah Kawalan Pergerakan semua orang diarahkan untuk duduk di rumah masing-masing dan perlu mematuhi peraturan PKP.

Pihak berkuasa memandang serius sesiapa yang melanggar peraturan PKP dan mereka yang degil akan dikenakan tindakan.

Sebelum ini, tular gurauan viral yang dibuat oleh segelintir pihak yang menggunakan kad kesihatan dalam tempoh PKP ini.

Guna kad kesihatan taktik lepas PKP

Pengguna kad kesihatan itu dikatakan taktik untuk melepaskan diri daripada sekatan jalan raya, berikutan tempoh PKP masih berkuat kuasa.

Oleh kerana tindakan tidak bertanggungjawab itu, seorang wanita meluahkan rasa kesalnya apabila mengalami masalah untuk keluar hospital dan pulang ke rumah, berikutan suami tidak lepas sekatan jalan raya.

Orang lain yang kena tanggung

Difahamkan, bayinya yang menghidap kanser telah selesai menjalani pembedahan dan dibenarkan untuk keluar wad hari ini.

Justeru, suaminya dari Kuantan bergegas ke hospital di Kuala Lumpur untuk mengambil anak dan isteri pulang.

Menerusi satu perkongsian di laman sosial Facebook, Nur Lydia Rose Hafieza menceritakan perkara tersebut.

“Disebab kan gurauan diviralkan di Media Social pasal datang KL tunjuk kad kesihatan untuk lepasi roadblock” tulisnya.

Anaknya sangat memerlukan rawatan di hospital

Menurut ibu ini, anaknya merupakan salah seorang pesakit Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur dan memerlukan rawatan disitu

“Anak aku warded untuk oprtion buang tumor di Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur. harini anak aku dah boleh discharge dari hospital”.

Suaminya turut sukar untuk menjemput ibu dan anak ini

Bercerita lanjut, dia turut memberitahu suaminya turut mengalami masalah untuk berulang alik mengambil mereka di hospital

“Waktu suami otw ke KL dia kena tahan dekat Tol Gambang sebab tak ada permit untuk keluar negeri”.

“Surat bukti dah tunjuk tapi tak boleh terima dan dia bagi pilihan uturn atau saman”.

“Waktu tu dah pukul 12 lebih tengahari nak gerak dari tol gambang pusing ke ipd kuantan around 30 minit nak sampai tu pun kalau tak jem dengan roadblock ape semua”.

Perlu hubungi Bukit Aman

Oleh kerana tidak sempat mengambil permit keluar dari negeri, mereka perlu berhubung dengan ibu pejabat di Bukit Aman.

Call ipd kuantan, dia orang tak boleh keluar kan permit tu sebab dah pukul 1″.

“Bayangkan kes emergency macam aku ni nak discharge tapi tak dan nak ambik permit untuk keluar dari negeri. Aku decide untuk deal dengan BUKIT AMAN”.

“Aku direct dengan dia then sane deal dengan IPD KUANTAN. Alhamdulilah benda tu settle tapi makan masa 3 jam”.

Kesal dengan gurauan yang terpaksa ditanggung

Selain itu, dia turut kesal kerana gurauan yang diviralkan terpaksa ditanggung di kemudian hari.

“Aku ni tak ada tempat tinggal di KL sekali dah discharge mana boleh aku stay lagi dekat wad”.

“Lagipun anak aku ni PATIENT ONCOLOGY & antibodi tak kuat tak boleh keep lama dekat ward”.

“Disebab kan gurauan bodoh yang diviral kan tu kami terpakse tanggung semua ni harini. Kau faham tak gurauan kau tu menjejaskn perjalanan anak aku pergi keluar hospital”tulisnya.

Semoga segala salah faham dapat diselesaikan dengan baik dan kisah ini menjadi pengajaran kepada orang lain.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.