Connect with us

Semasa

“Sebab kau nyawa orang lain tergadai” Staf Bank Kuching Didakwa Punca Korban 5 Sekeluarga?

Hari ini Kementerian Kesihatan berjaya mengesan kluster baru wabak Covid-19 di Sarawak, lapor Berita Harian.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ianya berpunca daripada rakyat Malaysia yang baru pulang dari Itali.

Individu ini kemudiannya tidak melakukan self-quarantine seperti yang disarankan oleh doktor.

Kerana sikap pentingkan diri, lima nyawa menjadi korban

Apa yang menyedihkan adalah sikap pentingkan dirinya itu telah meragut nyawa lima sekeluarga setakat ini.

Menurut rekod, individu tersebut merupakan pesakit ke-1580 dan telah menjangkiti 37 pesakit lain.

Malah, salah seorang pesakit dari rekod ini kini memerlukan bantuan pernafasan di ICU dan 5 daripadanya telah disahkan meninggal dunia iaitu kes ke-1,031; ke-1,032; ke-1,006; ke-2,850 dan ke-2,210.

5 ahli keluarganya telah pergi menemui Ilahi

Posting menyentuh hati ini telah dimuat naik oleh Hanifah Ibrahim yang berkongsi kisah 5 orang ahli keluarganya telah pergi mengadap Ilahi.

“Insyallah kematian covid 19 adalah mati syahid. The choosen one,5 org ahli keluarga kami telah pergi menemui illahi”.

“Arwah usu kayaharwah pyzaharwah Madiarwah Mailarwah usu Ali#clusterdrItaly”. 

Tidak kuarantin dirumah punca jangkitan 

Sementara itu, dilaman Facebook, satu posting telah viral yang mana individu tersebut dikatakan merupakan staf bank RHB dan telah pergi ke kerja seperti biasa.

Kemudiannya, salah seorang rakan kerja (anak arwah kes-1031) tidak sedar yang dia telah dijangkiti dan telah menjangkiti ahli keluarganya yang lain.

 

BARU PAHAM KES 1580 (SARAWAK)
YANG RAGUT 5 KEMATIAN.

Kerana sikap pentingkan diri
“Seorang Staff RHB Balik dari Italy tak self kuarantin. Tetap hadir keje walaupun diminta kuarantin diri 14 hari”.

Pergi keje seperti biasa sepatutkan dia perlu dikuarantin

Kluster ini telah berjangkit dari seorang rakan kerja anak yang tidak melakukan selg-quarantine selepas pulang dari luar negara.

“Anak arwah 1031 tu kerja bank yang sama dan dia tak sedar dia dijangkiti & bawa pulang virus”.

Semua keluarga, kenalan dan saudara mara yang datang melawat jenazah ketika itu turut terkena.

Jenazah ibu mereka dikebumikan dengan cara biasa

“Sehingga la tiba-tiba ibunya hadapi masalah pernafasan & meninggal. Mereka kebumikan dengan cara biasa. Orang yang mandikan jenazah pun kena dan saudara mara kena semua”.

“Kemudian 2 orang adik beradiknya pula (anak kes 1031) kena sesak nafas. Admit hospital, few days later baru result keluar”.

“Positif dan akhirnya kedua-duanya juga meninggal. Arini,05/04 adik mangsa pertama kluster ni (suami 1031) pula meninggal”.

Mereka turut dipulau oleh orang kampung

Mereka sekeluarga didakwa turut dipulaukan oleh orang kampung meskipun mereka bukanlah punca wabak itu berjangkit.

“Kesian dorang kerana satu family kena dan ramai yang meninggal. Turut kena pulau orang kg”.

“Sedangkan punca orang kerja bank tu yang balik dari italy dan kes 1580 tu masih sihat. Lama jugak dah kes ni sekitar dua minggu lepas”.

Pada ketika ini, semua orang hendaklah menjaga kesihatan dan jangan pentingkan diri sendiri kerana wabak ini mudah berjangkit pada orang lain.

 

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.