Sementara itu Nora ketika dihubungi berkata, pemergian Muhammad Syakir Alif atau mesra disapa Alif sangat dirasai lebih-lebih lagi di bulan Ramadan kerana banyak kenangan bersamanya dalam bulan mulia ini.
Saya kena kuat demi mereka anak-anak
Namun begitu, Nora bagaimanapun menguatkan hatinya bagi memastikan dua lagi anak perempuannya, Putri Nur Dahlia dan Putri Nur Fatehah terus kuat dan tidak bersedih.
“Sebagai ketua keluarga, saya cuba sedaya upaya untuk hiburkan anak-anak kerana tak mahu mereka rasa terlalu sedih dan kehilangan” ujarnya kepada Harian Metro.
“Saya perlu menjadi contoh kepada mereka. Jadi, kalau mereka nampak mama mereka kuat, mereka pun akan jadi kuat,” katanya.
Turut terkesan adalah dua lagi anaknya
Selain itu menurut Nora, dia dinasihatkan doktor yang membimbing psikologi mereka sekeluarga supaya tidak menunjukkan rasa kesedihan kepada anak-anak.
“Sejak Alif tiada, banyak yang bermain di dalam fikiran saya. Tanpa saya sedari, semua itu memberi impak kepada anak-anak sehingga menjejaskan pembelajaran mereka.
Jumpa pakar psikiatri
Beliau mengambil beberapa langkah bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi dan turut pergi bertemu doktor mendapat bimbingan untuk menghadapi situasi ini.