Ketika kita sedang bergembira dan meraikan kemunculan ramadhan serta menjalani ibadah puasa namum masih ada segelintir dari kita yang sedang berjuang untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.
Sedang kita teruja ke bazaar-bazaar ramadhan masih ada lagi diantara kita yang berjuang hanya untuk sesuap nasi bagi mengalas perut yang lapar.
Kisah 6 beradik yang meruntum jiwa ini sesuai dijadikan teladan bagi kita mencukuri nikmat yang ada.
Ramadhan tahun ini disambut dengan kepiluan 6 beradik yang telah kehilangan ibu tercinta pada 25 April yang lalu.
Betapa pilunya hati mereka terpaksa menjalani ibadah puasa pada tahun ini tanpa kehadiran ibu tercinta dan bapa.
6 beradik itu terdiri daripada Nor Aina Syazwani Mohd Fauzi, Muhammad Aiman Syazriezal, Muhammd Aiman Syazwan Abdullah, Nor Aina Syazlieyana, Nor Aina Syazlina dan Nor Aina Syazlien.
Sedang kita gembira menyambut kehadiran bulan mulia ini dengan penuh keceriaan bersama keluarga tercinta.
Namun, nasib 6 beradik ini sememangnya tidak menyebelahi mereka selepas kehilangan ibu mereka, Nor Amira Sahran, 33, yang telah menghadap Ilahi pada 25 April yang lalu.
Lebih menyedihkan bukan itu sahaja, bapa mereka juga dikatakan masih berada dipenjara akibat kesalahan kes dadahh.
Tidak terfikir akal mentafsir bagaimana keadaan mereka tanpa ibu bapa ketika ini menjalani ibadah puasa sendiri manakala bapa mereka dijangka akan dibebaskan selepas Aidilfitri ini.
Sejak pemergian ibu tercinta, mereka enam beradik yang tinggal di Kampung Sungai Timun Lubuk China, Rembau kini menumpang kasih di rumah datuk saudara, Sajirin Kassim, 58, di Kg Legong Ulu, Kota Rembau
Menurut datuk saudara mereka yang dikenali sebagai Sajirin, mereka dan ahli keluarga yang lain bertanggungjawab untuk menjaga mereka berenam oleh kerana bapa mereka yang masih berada di penjara.
Disamping itu, Sajirin juga turut merasakan bahawa dia perlu memastikan mereka semua berada dalam keadaan yang baik dan gembira walaupun tidak berada di samping orang tua tersayang pada bulan ramadan dan aidilfitri yang bakal menjelang nanti.
Selain itu seorang pengguna Facebook, Mang Ji yang merupakan majikan kepada arwah ibu enam beradik ini turut menjelaskan perkara sebenar mengenai keluarga ini. Sebak.
Dia menceritakan kisah anak-anak arwah staff saya yang meninggal dunia semalam. Mereka 6 beradik. Anak sulung dari 6 beradik ini baru darjah 6 dan anak yang bongsu baru berumur satu tahun setengah dan lebih hiba anak bongsu masih menyusu badan. Sedihnya mendengar cerita Mang Ji mengenai hari ini mereka kehilangan mama tersayang. Kematian yang amat menginsafkan.
Ini kisah mereka sekeluarga:
Saya dan suami sampai ke rumah abang ipar arwah selepas selesai solat Jumaat tadi, namun jenazah belum sampai dan masih lagi berada di hospital. Suaminya juga masih berada di dalam penjara.
Sebelum ini telah beberapa kali ditahan dan arwah yang membayar wang denda sehingga lah yang kali terakhir ini arwah sudah tidak sanggup dan tidak mempunyai wang untuk membayar denda. Arwah mama seorang wanita yang hebat.
Bayangkan arwah melakukan pelbagai pekerjaan. Siapa sangka seawal jam 10 malam sudah mula membuat persiapan menyiapkan tempahan nasi lemak. Arwah menghantar nasi lemak setiap pagi ke Stesen Petronas.
Setelah selesai, arwah pulang semula ke rumah untukmenyiapkan anak-anak ke sekolah. Bayangkan bagaimana kalutnya setiap pagi dan sibuknya si ibu melunaskan tanggungjawab mencari rezeki dan memastikan anak-anak terurus.
Selesai sahaja menghantar anak ke sekolah, beliau terus ke tempat kerja. Beliau bekerja sebagai cleaner di salah sebuah bank dikawasan itu. Jarak perjalanan dari rumah ke tempat kerja antara 30-45minit.
Pada hujung minggu pula, sabtu dan ahad arwah akan part time pula di Sultan Salai. Juga jarak perjalanan antara 30-45 minit. Baru saya tahu, tiada sehari pun hari rehat buat beliau. Arwah bekerja siang dan malam untuk menampung hidup beliau 7 beranak.
Sedihnya Ya Allah bila tahu anak sulung baru berusia 12 tahun perlu menjaga sendiri adik-adik bila pulang dari sekolah. Tiada mak yang menghidangkan makan dan minum apabila balik dari sekolah. Semuanya telah disediakan mamanya dari awal pagi.
Pada hari ini, rezeki Allah beri pada kami. Dapat menunggu jenazah sampai ke masjid. Sepanjang saya menunggu jenazah tiba, saya mendengar cerita-cerita baik tentang arwah semasa hajatnya.
Apabila selesai solat jenazah, apabila imam berkata bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab ‘baik’. Imam bertanya lagi. Bagaimana keadaan jenazah? Jemaah menjawab baik. Kata Imam, Ini adalah pengajaran untuk kita yang masih hidup. Sementara kita menunggu suami arwah tiba, boleh la melihat dan mencium arwah buat kali terakhir dan suasana bertukar menjadi hiba.
Anak-anak arwah pula dipimpin oleh saudara mara ke hadapan. Mereka, usianya tidak lebih 12 tahun apatah lagi si bongsu masih menyusu badan. Hampir pasti tidak faham langsung apa yang sedang berlaku didepan mata anak kecil itu. Ajaibnya apabila melihat wajah mama mereka terkujur kaku dan tersenyum anak-anak ini menangis semahunya.
Selesai saudara mara dan sahabat melihat wajah untuk kali terakhir, kami semua diminta duduk. Menunggu sahaja ketibaan suami arwah. Sebak
Tiba-tiba terdengar esakan dan jeritan anak arwah. Mereka meluru dan memeluk susuk tubuh seorang lelaki yang sedang berjalan masuk dari pintu masjid. Tanggannya bergari sebelah.
Seorang lelaki yang ditemani 2 orang pegawai penjara. Allah, air mata ini tidak dapat aku tahan lagi. Sungguh pilu dan sebak suasana ketika itu dan semua yang berlaku seperti ini hanya dalam drama. Tetapi ini benar-benar terjadi kepada orang yang aku kenali.
Kemudiannya, suaminya terus dibawa ke hadapan jenazah. Terlihat suaminya menangis semahunya menatap wajah isteri, kemudian dibawa ke tepi dinding. Masa ini semua anak arwah memeluk ayah mereka.
Barangkali rindu teramat kepada lelaki bergelar ayah ini. Sikecil juga sempat didukung ayahnya. Suasana di dalam masjid bertukar sangat hiba. Hampir semua yang ada sebak dan menangis menyaksikan momen ini.
Namun, tidak sampai 10 minit lelaki ini terpaksa pergi. Dia terpaksa pulang ke tempat sementaranya, penjara! Tidak dapat menghantar arwah isteri ke tempat rehatnya yang abadi.
Manakala Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan turut mengatakan bahawa kerajaan negeri bakal menyediakan bantuan bagi meringankan beban enam beradik ini
Bantuan yang bakal dihulurkan adalah berbentuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) serta bantuan ke sekolah sebanyak RM200 kepada mereka yang masih bersekolah. Tambahan lagi, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga akan turut menghulurkan bantuan sebanyak RM450 sebulan diikuti dengan bantuan BaitulMal yang bakal diberikan sebanyak RM300 sebulan.
Semua bantuan ini adalah bagi menampung perbelanjaan mereka berenam. Kerajaan negeri juga akan turut membantu menambah baik rumah yang didiami oleh mereka berenam supaya mereka akan lebih selesa.
Sedang kita berkira mahu membeli apa di bazaar ramadhan tanpa memikirkan pembaziran yang kita lakukan, namun diluar sana masih ramai yang hanya memikirkan untuk mencari rezeki mengalas perut.
Tidak dihiraukan apa makanan yang bakal masuk ke dalam perut mereka, asalkan mereka mampu mengalas perut sudah cukup untuk mereka. Bayangkan betapa tabahnya mereka menjalani kehidupan sedangkan kita hidup dalam pembaziran.
Marilah sama-sama kita berjimat dan tidak membazir dibulan yang mulia ini. Selain itu, bersyukurlah dengan rezeki yang ada dan berkongsilah rezeki dengan yang memerlukan diluar sana.
Rentetan dari kisah sedih 6 beradik ini, ibu mereka yang telah pergi selamanya berusaha sedaya upaya sehingga untuk mencari rezeki bagi menyediakan makanan untuk 6 beradik ini meskipun arwah tidak langsung mempunyai masa untuk berehat.
Cerita sebegini bukan lagi seperti di dalam drama yang sering disiarkan di televisyen namun masih terjadi ketika ini.
Pengajaran yang berguna boleh kita ambil dari cerita sedih ini. Semoga 6 beradik yang kehilangan ibu tercinta mereka tabah dan meneruskan semangat perjuangan arwah yang merupakan seorang ibu atau wanita yang hebat.