Connect with us

Viral

Disangka Hisap Gam Rupanya Sawan, Lelaki Tak Henti-henti Ucap Terima Kasih Buat Netizen Sebak

Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat baik hati dan suka membantu orang yang dalam kesusahan.

Namun tak kurang juga di antara kita yang takut menghulurkan bantuan walaupun rasa kasihan kerana risau akan dicederakan oleh orang yang ingin dibantu.

Ya lah, nak tolong orang lain boleh tapi kena fikir keselamatan diri sendiri sama.

Baru-baru ini tular seorang pemuda yang dikenali sebagai Angah membantu seorang lelaki India yang terbaring di bahu jalan disebabkan sawan.

Pada mulanya Angah kelihatan takut-takut untuk membantu lelaki tersebut. Malah dia sempat bertanya sama ada lelaki tersebut di bawah pengaruh bahan terlarang ataupun tidak.

Mana taknya, lelaki itu terbaring di bahu jalan bersebelahan dengan pokok-pokok dalam keadaan comot. Situasi itu sempat dirakam oleh Angah sendiri.

Angah yang menaiki motor yang lalu di kawasan itu kemudian didatangi beberapa orang lagi untuk membantu lelaki tersebut.

Mereka memberikan minuman kepada lelaki sawan itu sambil mengusap dan mengurut belakang lelaki tersebut.

Kata orang di situ, lelaki itu memang sudah lama terbaring di situ. Tapi tiada siapa yang berani bantu.

Walau bagaimanapun, mujur Angah dan beberapa orang yang lain sempat membantu lelaki itu. Nasib baik tiada apa yang serius berlaku.

Setelah selesai membantu, Angah menghantar lelaki itu pulang ke rumah. Angah terharu kerana lelaki yang dibantunya itu tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepadanya.

Video yang tular di laman TikTok

@angahelychaSorry tak dengar lu ckap apa.♬ suara asli – FHM14

@angahelycha Reply to @putratigarasa ♬ original sound – angahelycha

@angahelycha Reply to @waklahdoh ♬ suara asli – FHM14

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji sikap Angah yang sudi membantu sesama kita tanpa mengira bangsa mahupun usia.

Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok

“semoga abang murah rezeki selalu”

“mekasih bro. semoga dipermudahkan urusan bro dunia dan akhirat.”


“dia btl² ikhlas tu ucapkan terima kasih, y i’m crying 🥲”

“Terbaik bro.. semoga bro di murahkan rezeki dan di gandakan pahala…”

“Asbab kebaikan anda hari ni.. Akan dtg yg baik2 nnti pd anda.. Tahniah anak muda… Anda hebat… 😁😁😁”

“thank you bro. semoga Allah balas kebaikan kau ni dengan sesuatu yang lebih dari apa yang kau beri.”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.