Connect with us

Viral

“Sebenarnya kami tak pernah nikah,” Rupanya Ibu Bapa Bersekedudukan Sampai Ada 7 Anak

Bersekedudukan sesama lelaki dan wanita yang bukan mahram nyata haram dan bertentangan dengan syariat islam apatah lagi sehingga mempunyai keturunan iaitu anak yang juga merupakan anak tidak sah taraf atau lebih dikenali dengan ‘anak luar nikah’.

Namun kisah kali ini dimana pasangan suami isteri ini mengambil ringan tentang hal tersebutsehinggakan mempunyai 7 orang anak dah semuanya ‘kantoi’ sewaktu anaknya hendak mendirikan rumah tangga.

Seorang anak terkedu mengenangkan nasibnya yang mengetahui bahawa ibu bapanya tidak pernah bernikah secara sah ketika dia menguruskan proses pernikahannya di pejabat agama.

Melalui video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ToKadi Hipster, dia berkongsi sebuah cerita tentang seorang anak datang ke pejabat agama bagi menguruskan proses pernikahannya dan dalam masa yang sama individu terbabit meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak pengurusan di pejabat berkenaan kerana susah untuk menerima permohonan nikahnya.

“Saya nak nikah ustaz tapi surat nikah mak ayah tak ada. Tapi ayah dah buat surat akuan sumpah.”

“Kenapa lah susah sangat pejabat nak bagi orang nikah. Nak suruh kami berzina ke? Nak tanggung dosa kami ke?”

Pejabat agama dikatakan menyulitkan urusan pernkahannya namun siapa sangka hal tersebut berlaku oleh kerana ibu bapanya sendiri kerana gagal untuk melampirkan surat nikah rasmi serta mencetuskan masalah penentuan nasab.

Selepas beberapa kali ditanya dan meminta untuk berlaku jujur, akhirnya ibu kepada wanita ini mengakui bahawa dia dan suami tidak pernah bernikah dan apa yang lebih membuatkan pihak pejabat agama terkejut adalah mereka kini sudah mempunyai 7 orang anak.

Ketujuh-tujuh anak mereka itu sekaligus merupakan anak tidak sah taraf oleh kerana ianya hasil bersekedudukan tanpa mempunyai ikatan yang sah.

“Maafkan kami ustaz, kami sebenarnya tak pernah nikah pun. Kami bersekedudukan sahaja. Sekarang kami ada 7 orang anak.”

Bukan itu sahaja, difahamkan hanya anak sulung sehingga anak keempatnya sahaja yang memilik surat beranak manakala tiga lagi anaknya itu tidak berdaftar serta tidak bersekolah.

Mengapa tidak masalah tersebut sejak awal lagi?

Apa yang lebih memilukan adalah mereka mengatakan bahawa mereka tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah tersebut kerana takut didenda oleh pihak berkuasa.

Bagaimana pun, urusan pernikahan anaknya boeh diteruskan namun perlu menggunakan wali hakim untuk bernikah kerana statusnya adalah anak tidak sah taraf dan dalam masa yang sama, kedua ibu bapanya itu juga perlu bernikah bagi menjalinkan hubungan yang halal.

Video yang tular di laman TikTok:

@tokadi_hipster Sampai bile nak sorok ? Allah itu maha mengetahui segala sesuatu. #Nauzubillahiminzalik ♬ Ya Allah – Wali

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 465.5K tontonan, 33.8K tanda suka, 3227 komen dan 1603 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen ‘berderau darah’ mendengar perkongsian lelaki ini dan warga maya juga masih tidak percaya ada lagi yang seperti ini pada zaman kini dan berharap agar diri dan anak-anak sentiasa dilindungi dari melakukan perkara yang terkutuk disisi agama Islam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.