Connect with us

Semasa

Sedang Buang Ketumbuhan, Doktor Tekejut Bayi ‘Tersorok’ Dalam Perut Ibu

Kelahiran seorang bayi perempuan dikatakan sebagai anak ajaib selepas ibunya tidak pernah menyedari hamil bayi berkenaan sebelum ini.

Seorang bayi perempuan digelar anak ajaib

Menurut Sanisah Abu Bakar, 45, dia yang tidak menyangka mengandung hinggalah bayinya itu dilahirkan secara pembedahan pada 19 Jun lalu.

Segalanya bermula apabila keluarga Sanisah menyangka wanita terbabit menghidap ketumbuhan dalam perut yang menyebabkan perutnya sering berasa sakit.

Ada dua ketumbuhan 

Menurut Widodo Sinasim, 47, berkata, dia tidak menyangka isterinya hamil sehinggalah Sanisah mengadu mengalami kesakitan yang tidak tertanggung minggu lalu.

“Doktor di Hospital Melaka memang ada melakukan ujian imbasan, tetapi tidak dapat mengesan ada bayi dalam perut isteri saya sebelum ini”.

“Apa yang dikesan hanyalah dua ketumbuhan. Doktor melakukan pembedahan dan mengeluarkan ketumbuhan seberat 500 dan 800 gram” lapor Harian Metro.

Doktor tekejut dapati ada bayi dalam perut

“Akan tetapi doktor terkejut apabila mendapati ada bayi dalam perutnya lalu menyelamatkan anak itu daripada perkara tidak diingini,” katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin di kediamannya di Kampung Kuala Linggi di sini, semalam.

Sementara itu, Mas Ermieyati menyerahkan sumbangan peribadi kepada Sanisah yang dalam pantang dan mengingatkannya supaya menghabiskan waktu dengan berehat.

Mas Ermieyati berkata, setiap anggota komuniti harus mengutamakan aspek penjagaan kesihatan kerana ia nadi kehidupan manakala wanita harus tahu mengenai perihal kesihatan diri sendiri, terutama jika hamil.

Penting untuk wanita hamil jaga kesihatan

“Amat penting untuk wanita hamil memahami aspek penjagaan kesihatan”.

“Harus tahu sama ada mereka hamil atau sebaliknya kerana penjagaan bayi dalam kandungan berkait rapat dengan dua nyawa,” katanya.

Bersyukur dengan kehadiran bayi ajaib itu

Mereka sekeluarga menyambut kehadiran bayi itu dengan penuh kesyukuran dan menganggapnya sebagai keajaiban kerana tiada siapa menjangkakan kehadirannya.

Semoga bayi perempuan dan ibu dalam keadaan sihat. Selamat berpantang kepada ibu dan tahniah dengan buat mereka sekeluarga dengan kelahiran baru.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.