Hanya mampu redha atas pemergian suami tersayang, itulah yang dirasai seorang wanita apabila suaminya Ahmad Sofwatullah Shahrin telah meninggal dunia dipercayai digilis sebuah lori di Kilometer 18.3 Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Petaling Jaya.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Malihah Abdul Halim meluahkan rasa syukur apabila urusan pengebumian arwah suaminya yang berusia 29 tahun itu berjalan dengan lancar malam tadi.
Alhamdulillah sudah selesai urusan pengkebumian arwah suami saya Ahmad Sofwatullah malam tadi.
Semuanya berjalan dengan sangat lancar dan sangat mudah. Cuaca pada malam tadi pon sangat baik.
Terima kasih Allah mudahkan urusan kami semua.
Di sini saya nak ucapkan Terima kasih banyak-banyak kepada semua yang membantu dari awal pencarian arwah suami saya sehinggalah selesai urusan pengkebumian.
Terima kasih yang tak terhingga juga kawan-kawan dan kenalan yang datang ziarah dan memberikan kata-kata semangat walaupun dari jauh.
Ada juga yang tak berapa rapat dan tidak mengenali langsung tapi masih tetap membantu dan memberikan ucapan takziah serta menyumbang tenaga, masa dan wang ringgit. Saya sangat menghargainya.
Walaupun suami sudah pergi buat selamanya, Syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga dan keluarga mertua yang sangat-sangat baik, supportive dan penyayang.
Tanpa mereka, tidak tahulah apa akan jadi pada saya. Allah maha mengetahui. Mereka sungguh tenang menghadapi ujian kehilangan orang tersayang, menjadi contoh untuk saya kekal tenang dan kuat.
“Walaupun sudah tiada kedengaran gelak ketawa abang, nasihat, dan layanan yg baik utk saya & anak-anak, kami tetap akan sentiasa merindui dan mendoakan abang di sana.
Ramai sangat yang sayang dengan abang tapi Allah lebih menyayangi abang. Selesai sudah tanggungjawab abang di dunia ini, berehatlah abang di sana.
Sungguh tenang wajah abang malam tadi, nampak macam tengah tidur. Saya akan jaga hero-hero kita sebagaimana abang menjaga dan mendidik mereka, penuh rasa sayang dan kasih.
Terlalu banyak kebaikan abang jika nak disebutkan satu persatu. Terima kasih Allah meminjamkan seorang suami yg sangat penyayang selama 5 tahun lebih.
Sy menjadi saksi bahawa abang seorang suami yg sangat bertanggungjawab, tidak pernah mengabaikan keluarga walau sedikit pun.
Semoga diampunkan semua dosa abang , diluaskan dan diterangkan kubur dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin ya rabb.”
Walaupun perit untuk menerima kenyataan, ibu kepada dua cahaya mata itu bersyukur mempunyai ahli keluarga serta mentua yang baik hati menjadikan dirinya kekal tenang bagi menghadapi ujian tersebut.
Malah menurut kakitangan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu, dia berjanji akan menjaga zuriat mereka sebaiknya dengan penuh kasih sayang seperti yang dilakukan arwah ketika hayatnya.
Dalam pada itu satu lagi perkongsian di Facebook tular apabila sahabat Allahyarham meminta pertolongan untuk mencari pemandu lori yang terlibat.
MOHON BANTUAN DAN KUASA VIRAL DARI SEKALIAN RAKYAT MALAYSIA
Semalam, 24 November 2020 sahabat sepengajian kami di Universiti Islam Madinah, Ahmad Sofwatullah telah kembali dijemput Ilahi selepas terlibat dalam nahas jalanraya di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP).
Pihak polis telahpun memulakan siasatan dengan memanggil mana-mana saksi yang ada di tempat berkenaan pada sekitar jam 12 tengahari atau 1 petang untuk tampil memberi keterangan, memandangkan ia kemalangan yang serius dan dipercayai melibatkan kes langgarlari.
Sehingga jam hantaran ini ditulis, masih belum ada laporan dari pemandu lori yang terlibat mahupun mana-mana saksi yang tampil memberi keterangan.
Sahabat kami meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak kecil dengan seorang daripadanya masih di dalam kandungan.
Tiada lagi gelak tawa dan gurau dari arwah kepada isteri dan anak anak. Tiada lagi tempat untuk keluarganya berteduh kasih dari seorang suami dan ayah.
Oleh itu, saya menyeru dan memohon jasa baik tuan puan dan sahabat sekalian, kita tularkan hantaran ini sehingga suspek yang terlibat dapat dijumpai untuk siasatan lanjut.
Sesiapa yang ada di sekitar LDP pada jam yang berkenaan dan menyaksikan kemalangan ini berlaku juga diharap dapat tampil memberi kerjasama kepada pihak polis supaya dapat melancarkan siasatan.
Follow YOY Network di laman Instagram untuk pelbagai info dan video menarik!