Servis dobi “ekspres” atau dobi layan diri wujud sebagai satu kemudahan untuk mencuci pakaian tanpa perlu berpenat. Ia menjadi pilihan kebanyakan masyarakat yang tidak berkesempatan untuk mencuci pakaian sendiri.
Namun pun begitu, kita sedia maklum setiap peralatan elektrik mempunyai cara penggunaannya sendiri bagi mengelakkan kerosakkan mahupun kecederaan.
Apatah lagi seperti mesin pengering pakaian, pengguna telah diberi amaran awal agar tidak meletakkan pakaian atau barangan yang mudah terbakar ketika proses pengeringan.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana baju-baju yang dikeringkan oleh wanita ini di dobi menjadi ‘garing’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @rararossa, kelihatan seorang wanita menunjukkan baju-baju barunya yang sudah dikeringkan di dobi.
Namun apa yang membuatkan ramai terhibur adalah baju-baju yang dikeringkan itu telah menjadi garing akibat daripada mesin pengering yang rosak di sebuah kedai dobi yang tidak dikenal pasti.
Nasib menyebelahi wanita ini, tuan dobi tersebut bagaimana pun bertanggungjawab dan membayar ganti rugi kepada wanita itu malah jumlah kerugian mencecah RM 800.
Oleh kerana kesemua pakaian tersebut tidak boleh digunakan lagi, wanita ini bertindak untuk membuang dan membakar pakaian itu.
“mana kaki dobi tu hati2 la ya . dryer dobi buat perangai habis baju aku terbakar. total kerugian baju raya & baju2 sedia ada tu almost 800+ . nasib baik tuan dobi nak bayar ganti rugi” tulisnya di ruangan kapsyen
Video yang tular di laman TikTok:
@rararossamana kaki dobi tu hati2 la ya . dryer dobi buat perangai habis baju aku terbakar. total kerugian baju raya & baju2 sedia ada tu almost 800+ . nasib baik tuan dobi nak bayar ganti rugi 🥲
♬ Oh No Oh No Oh No No No – Dubskie
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat keadaan bajunya itu yang persis seperti keropok yang boleh dipatah dan dihancurkan.
”Sedap tu kak, crispy! Lagi sedap kalau tambah cheese” – Netizen
Dalam masa yang sama, ada juga yang memuji sikap tuan dobi tersebut kerana bertanggungjawab dan tidak lepas tangan terhadap isu terbabit.
Berikut merupakan komen warga maya:
“test kriukk sikit bang”
“terus jadi keropok goreng eh..”
“kalau gigit baju ni patah gigi”