Kes abang botak atau individu yang bernama Danial Abdullah Tan terus menjadi topik hangat ketika ini setelah dia dijatuhkan hukuman 12 bulan penjara oleh Mahkamah Petaling Jaya.
Dia disabitkan bersalah kerana memecahkan cermin sebuah kereta Alza gara-gara berang kerana dihon oleh pemandu kereta itu.
Ramai netizen marah dengan tindakan abang botak itu, namun ramai menyifatkan hukuman itu terlalu berat untuk kesalahan yang dilakukan tambahan pula dia mempunyai keluarga dan anak yang masih berumur setahun dan 3 tahun.
Netizen juga sebak memikirkan nasib keluarganya yang terpaksa beraya tanpa kehadiran ayah mereka dan meminta agar dia dihukum selepas hari raya aidilfitri.
Seorang pengguna Facebook terkesan dengan insiden yang berlaku ke atas Danial dan menawarkan membayar ganti rugi cermin kenderaan kereta Perodua Alza yang menjadi mangsa.
Coretan Mohd Fadzli Ramli
Assalamualaikum.
Selepas terbaca tentang “Abang Botak” kena hukum penjara setahun, ini bermakna yang dia terpaksa beraya di penjara. Sedih pulak bila mengenangkan yang dia ada 2 orang anak kecik lagi…
Dengan penuh rasa rendah diri dan keinsafan, abam ingin menawarkan diri untuk menggantikan cermin Proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan “Abang Botak” yang bernama Daniel Abdullah Tan serta merta dengan harapan perkara ini tidak berulang…
Seluruh warga netizen dok mengecam perbuatan Daniel ini. Abam tak nafikan yang Daniel bersalah dalam hal ini tapi abam rasa dia patut diberi peluang kedua.. Lagi pulak lepas abam dapat tau pasal anak2 beliau, tu yang buat abam terpanggil untuk menghulurkan sedikit bantuan. Semoga perkara ini menjadi pengajaran buat semua…
Mungkin hari ni hari dia, tak mustahil satu hari nanti kita pulak yg berada di tempat Daniel.. Abam terbaca yang mana ini adalah kesalahan pertama Daniel dan beliau tak pernah ada rekod jenayah sebelum ni. Maybe he just having a bad luck on a bad day at the wrong location..
Abam tak mau pertikaikan tentang hukuman yang dah dijatuhkan, itu semua bukan dalam bidang kepakaran abam so abam tak nak berhujah apa2 pasal keputusan mahkamah tu..
But I was once motorcyclist before. Yang pernah bawak motor je mungkin faham akan situasi ini… Kadang2 ada perkara yg terjadi kt jalanraya bole mendorong ke arah perilaku mcm tu..
Encik Siew Chan Voon atau sesiapa yang mengenali beliau boleh pm abam untuk urusan seterusnya…
Terima kasih…
P/s : sekiranya dah tiada cara lagi untuk kita tolong Daniel agar dibebaskan, mungkin kita perlu fikirkan cara bagaimana untuk tolong keluarga beliau sempena nak menyambut Hari Raya yang tak lama lagi..
#abamdiSaudi
#thePowerofMuslim
Ramai netizen menyokong dan mendoakan supaya ia dapat membantu kes Danial ini dan supaya kes ini dapat menjadi pengajaran kepada semua pemandu jalan raya.