Di Kota Madinah, terdapat pelbagai kedai-kedai di kawasan tersebut yang turut dijadikan sebagai tarikan buat pengunjung untuk datang membeli di sana.
Sama seperti kisah yang tular baru-baru ini yang memaparkan seorang peniaga berbangsa Arab begitu fasih bercakap bahasa MElayu.
Bukan itu sahaja, siap dengan dialek Kelantan lagi Abe Arab ni!
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok @amirhadijaaffar itu, kelihatan pemuda itu sedang berkunjung ke sebuah kedai yang menjual coklat dan kurma lalu tertarik pula dengan dialek Kelantan yang disebut oleh peniaga berkenaan.
“Nak coklat kurma murah di sini. Hargo pecoh kepalo. Sek sek kita jange pecah. Kita sekampung ore Kelate. Suko makey budu sama nasi kerabu (Harga pecah kepala. Orang kita jangan berpecah. Kita sekampung orang Kelantan. Suka makan budu dengan nasi kerabu”, katanya.
Disebabkan video tersebut tular hingga mencecah 249.5K tontonan, orang ramai tertanya-tanya akan bagaimanakah pemuda Arab ini boleh pandai berbahasa Melayu dalam dialek Kelantan.
Bagi menjawab persoalan ramai, akhirnya Amir memuat naik sebuah video yang berasingan untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh warga netizen.
“Macam mana you (kamu) pandai cakap Kelantan?” soal Amir kepada peniaga Arab itu.
“Orang yang datang haji ramai orang Kelantan berbelanja di sini… kito (saya) jadi pandai boleh kecek Kelantan (bertutur). Suka makan budu juga dengan nasi kerabu… sedap sangat,” jawabnya.
Walau bagaimanapun, lelaki itu sebenarnya bukanlah berbangsa Arab sebaliknya dia berasal dari sebuah negara bernama Uzbekistan.
“Ambo (saya) bukan orang Arab cuma lahir di Madinah. Uzbekistan dengan Kelantan sebelah-sebelah,” jelasnya yang merujuk kepada sebutan ‘tan’ pada negara kelahirannya negeri Kelantan itu.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur melihat telatah orang luar yang begitu fasih berdialek Kelantan sehingga kedengaran seperti orang tempatan kita betul!
Antara komen netizen:
“Hahahah mmg lawak. Baru je beli kt kedai dia baru ni.. sapa lah yg ajar dia ni kan 😂😂”
“pah bakpo aku pulok mengilai dengar dio kecek😂 panda dio kecek kelate.”
Video TikTok yang tular: