Bagi siapa yang menjalinkan hubungan percintaan pastinya menginginkan ianya berkekalan sehingga ke jinjang pelamin namun tidak semua yang dapat mengecapi saat bahagia itu. Ada yang putus di tengah jalan dan ada juga yang bergantung tidak bertali.
Seperti kisah yang tular baru-baru ini dimana keterujaan yang dirasai wanita ini sekelip mata bertukar kesedihan selepas perancangan untuk bertunang dengan jejaka pilihan tidak berlangsung seperti yang dirancang.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @princessnov10, difahamkan sahabat baiknya menitipkan doa dan berharap agar wanita itu kekal kuat dengan ujian yang datang.
Lebih menyedihkan lagi, segala persiapan telahpun siap termasuklah hantaran, hidangan makanan untuk keluarga lelaki, solekan, dan sebagainya, rombongan pihak lelaki tidak kunjung tiba.
“Hantaran kita dah siap awak. Umi dah siapkan masak nasi minyak. Kawan rapat pun dah sampai dari Kuala Lumpur.. Saya tengah make up ni. Cantikkan inai saya? Tapi awak tak ada. Awak tak datang. Sekelip mata dah berubah. Saya tetap teruskan semuanya tanpa ada awak di sisi.” ujarnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut simpati dengan nasib wanita tersebut sekaligus mendoakannya agar terus cekal menjalani kehidupan.
Bukan itu sahaja, netizen juga berang dengan sesetengah individu yang suka mempermainkan hati dan perasaan orang lain. Ada juga segelintir individu yang berkongsi kisah dan pengalaman pahit mereka ketika menjalinkan hubungan percintaan namun akhirnya dikhianati.
Antara komen warga maya:
Video yang tular di laman TikTok: