Pasangan pelakon terkenal Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam baru saja mendapat cahaya mata kedua mereka apabila Syatilla selamat melahirkan bayi perempuan secara pembedahan pukul 9.15 pagi tadi di KPJ Ampang Puteri.
Khabar gembira tersebut dikongsi di laman Instagram miliknya yang berkongsi gambar ketika berada di dalam bilik bersalin dengan meluahkan rasa syukur kerana keadaan bayi sihat dan selamat.
“Alhamdulillah bayi perempuan kami dah keluar! Sihat gebu anak perempuan aku. Tadi sempat la buat tutorial solekan dalam bilik pembedahan. Terima kasih suami yang sentiasa di sisi,”
Rata-rata peminat memenuhi ruangan komen dengan ucapan syukur dan tahniah di atas kelahiran cahaya mata kedua Sam dan Syatilla.
Semasa sarat hamil anak kedua, Syatilla mengaku tidak sabar untuk berehat dan menghabiskan masa bersama anak sulung, Syeriv Samheizy yang berusia 1 tahun lebih.
“Pagi-pagi sekitar jam 6.30 pagi saya sudah keluar rumah. Kasihan Syeriv kerana apabila dia bangun tidur, saya tiada di sisinya.
“Sebaik tamat penggambaran, saya bercuti dan berehat hinggalah saya selamat melahirkan anak kedua ini. Saya mahu tumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
“Saya ada dengar ura-ura penerbit mahu menghasilkan sekuel drama ini. Jika betul berita itu, mereka kenalah tunggu hingga saya selesai bersalin dan kuruskan badan.
“Selepas itu, barulah saya bersedia untuk kembali berlakon,” katanya kepada BH Online.
Isteri kepada aktor, Shaheizy Sam ini sedang hamil empat bulan.
Syatilla berkata, kesibukan di lokasi Selafaz Cinta yang menggandingkan dirinya dengan Saharul Ridzwan, menyebabkan dia belum sempat sempat menjalani pemeriksaan imbasan untuk mengetahui jantina bayinya.
“Bayangkan, kandungan saya sudah berusia empat bulan lebih tapi masih belum sempat hendak buat pemeriksaan imbasan jantina. Pihak hospital terpaksa ingatkan saya mengenai temujanji itu.
“Memang kena buat tetapi saya kena tunggu sehingga kerja semua selesai. Lagipun, Sam sibuk dengan promosi filem terbarunya.
“Apabila ada masa terluang, kami akan pergi buat pemeriksaan,” katanya.
Tahniah sekali lagi buat Syatilla dan Shaheizy Sam!