Tibanya hari raya, sudah tiba masa jugalah untuk kita semua pulang ke kampung halaman masing-masing berjumpa dengan keluarga besar.
Bagi kanak-kanak pula, mereka suka pulang ke kampung kerana dapat berjumpa dan bermain dengan kanak-kanak yang lain.
Lebih kurang sama seperti cerita yang dikongsi oleh seorang ibu bernama Siti di mana anak perempuannya tersangkut di dalam bendang!
Menurut Siti, suaminya sedang bersembang dan tiba-tiba terdetik hati ingin keluar. Rupa-rupanya anak mereka, Aleesa sudah tenggelam di bendang sawah padi.
Oleh disebabkan takut tersangkut sekali bersama anaknya, suami Siti meminta bantuan daripada beberapa orang ahli keluarga.
Setelah berjaya dikeluarkan, ayah Aleesa membersihkan kakinya. Aleesa dengan wajah selamba seolah-olah tidak bersalah membuatkan ramai terhibur!
Video yang dikongsi beberapa hari lepas ini berjaya tular dengan mengumpul tontonan sebanyak 537.3 ribu dan 31 ribu tanda suka!
Video yang tular di laman TikTok
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang ketawa melihat gelagat Aleesa di samping wajah comelnya itu.
Selain itu, netizen turut terharu melihat kasih sayang dan layanan si bapa kepada anak perempuannya.
Berikut antara komen-komen yang diberikan netizen di TikTok
“cinta hati ayah adalah anak perempuan…sbb tu seorg ayah akn mnjaga anak perempuan sebaik mungkin…ayah adalah hero bg anak perempuan☺️”
“janji seorg Ayah..susah senang tetap bersama ..ank diutamakan 👍🤲🤲✔️”
“Ayah dah sayang dan layan anak perempuan baik baik. Tapi sedih bila anak perempuan kawen, ada yg kene belasah dengan suami, duit harta semua licin”
“comelnye dgn muka xbersalah😅😳😂🥰😁”
“comel nya kenangan yang paling terindah tangok ayah dgn anak sambutan tangan di hari raya Aidilfitri..🤝🤝”
“buat kenangan nanti dah besag awak pecah rekod keluarga lain dari yg lain”
“kalau aku ade anak puteri camni ..akan ku jaga dia, sayang dia, lindung dia, 🥰🥰”
“ahahaha comel je muka tak bersalah tu. bagus dia tak menangis pun”