Setiap orang menginginkan rumah kediaman mereka sentiasa berada dalam keadaan bersih dan juga cantik.
Ada yang mengubah suai rumah sehingga tampak lebih luas, dan mendekorasikan halaman rumah mereka seperti sebuah taman dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, tindakan itu tidak sesuai dilakukan oleh mereka yang tinggal di kawasan perumahan flat.
Bukan itu sahaja, malah amalan ‘cop parking’ juga sering diamalkan oleh beberapa penduduk di kawasan tersebut sehinggakan mengganggu orang lain.
Hal ini disebabkan di kawasan perumahan flat, tiada bayaran dikenakan kepada penduduk flat untuk menandakan kawasan tersebut merupakan parkir mereka.
Menerusi laporan MStar, terdapat dua lot parkir ‘dicop’ selepas memasang bumbung ‘awning’ di luar rumah.
Berdasarkan perkongsian tersebut, sekeping foto menunjukkan sebuah rumah flat telah dipasang bumbung awning di bahagian luarnya sehingga ‘memakan’ saiz dua tapak parkir.
Difahamkan, penghuni itu berbuat demikian kerana ingin menandakan kawasan itu merupakan tapak parkir mereka.
Dalam pada itu ada juga individu yang meletakkan barangan mereka di atas parkir, misalnya pasu bunga dan juga kon.
Sehinggakan ada netizen yang menyuarakan pendapatnya untuk kita bersatu dalam menghapus kon-kon yang diletakkan oleh penghuni yang tidak bertanggungjawab ini.
“Mari kita ramai2 buat satu grup utk kutip buang smua kon yg ada ni.”
“Angkut semua tong2 tu pi buang, tpi jgn letak kete situ.. klau diorng letak lagi, angkut lg pi buang.. ulang benda sama”
Meninjau di ruangan komen, warga netizen rata-ratanya mengecam tindakan penghuni yang mementingkan diri sendiri dengan melakukan sesuatu terhadap harta benda yang bukan miliknya.
“selamba ambik 2 parking….. sudah jadik beranda”
“Si pelaku yang ambil hak orang lain ni, dia tak rasa apa yang dia buat tu salah ke? kalau dia seorang yang beragama pasti dia sedar perbuatan tu salah di sisi agama.”
“Dh la amek parking..buat mcm parking sdri plak letak pasu bagai..rugi dh stu satu petak..giler”
“Drp dia letak pasu bunga tu baik dia extend lagi ke depan, dpt tambah satu bilik lg”
“Beli condo pun parking kereta jauh,beli flat dapat parking betul betul depan rumah…”
Hantaran yang tular: KLIK SINI