Connect with us

Viral

Selamba Cakap Korea Sambil Niaga Ayam Bakar, Gelagat Akak Ini Buat Ramai Kagum!

Malaysia terdiri dengan pelbagai jenis bangsa, agama, kaum, adat dan tidak hairan lah jika terdapat pelbagai bahasa dan loghat yang sering kita dengar dalam kehidupan seharian.
Iospital phone repair gombak
Malah ada juga diantara kita yang fasih bertutur lebih daripada satu bahasa seperti mandarin, tamil, Arabic dan banyak lagi bagi memudahkan kita untuk senang bersembang dengang bangsa yang lain.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang akak jual ayam bakar fasih cakap bahasa Korea telah mencuri tumpuan.

Menerusi video berkenaan, kelihatan suasana yang memaparkan seorang wanita menjual ayam bakar di Pasar Filipina, Kota Kinabalu, Sabah.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila akak itu selamba bercakap bahasa Korea dengan pelancong dari negara tersebut. Dia siap mempromosikan ayam bakarnya dengan fasih. Percakapannya itu kedengaran seperti orang asli Korea.


Dapat kita lihat, customer itu juga langsung tidakkeok untuk berbual dengannya malah berasa teruja dengan kemahiran bahasa yang dimiliki.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen kagum melihat kelebihan yang dimiliki oleh wanita tersebut malah sempat berseloroh mengatakan antara kelebihan lain yang dia miliki adalah dapat menonton K-Drama tanpa membuka subtitle.

“Rata-rata yang berniaga di pasar malam KK champion speaking Korea guys. That’s how competitive they are” – Netizen

Bukan itu sahaja, netizen juga akui rata-rata peniaga yang berniaga di Pasar Filipina ini dapat bertutur lebih daripada satu bahasa jadi tidak hairanlah jika wanita tersebut dapat berbahasa Korea dengan lancar.

Antara komen warga maya:

“Akak ni kalau customer service korean speaker gaji ribu riban ni”

“Belajar bahasa ni memang tak rugi”


“Hanya di Sabah.. Penjual street food dia rata-rata pandai bercakap Korea sebab hari2 hadap pelancung Korea”

“Akak ni kalau tengok K-Drama tak payah tengok subtitle”


Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by My Weekend Plan (@myweekendplan)

Sekadar Info, Pasar Filipina yang terletak di Kota Kinabalu ini merupakan tarikan pelancong jika berkunjung ke Sabah. Rata-rata peniaga berasal daripada Filipina. Terdapat pelabagai barangan kraftangan, perhiasan, hasil laut dan juga buah-buahan serta yang paling laris dan sangat dicari disana adalah Mutiara jenis air tawar dan air masin yang dijual sebagai kerongsang, rantai dan gelang.

Ramai pelancong datang ke sana juga membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong kering dan makanan tempatan. Pada sebelah petang pula terdapat gerai-gerai yang menjual makanan laut. Anda boleh memilih makanan laut seperti udang, ketam, ikan dan banyak lagi. Harga disini murah dan anda perlu tawar menawar.

Continue Reading
Advertisement