Connect with us

Viral

Selamba Campak Bag, Gelagat Ganas Adik Ini Pulang Dari Sekolah Siap Bergayut Buat Netizen Terhibur

Kanak-kanak ini sememangnya banyak ragam mereka tersendiri malah ada juga perkara yang mereka lakukan langsung tidak tercapai dek akal malah sehingga membuatkan kita tidak kering gusi melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang budak perempuan kelihatan sangat bersemangat apabila pulang daripada sekolah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @amirazuadialiff, kelihatan sebuah van menghantar budak sekolah di halaman rumah mereka.

Namun apa yang menghiburkan orang ramai adalah gelagat seorang budak yang selamba membaling bag daripada dalam van ke luar dan dia melompat daripada dalam van.

Bukan itu sahaja, kelihatan dia membaling bagnya sekali lagi ketika melompat meredahi longkang dan lihatlah aksinya yang sakan bergayut sebelum masuk ke halaman rumah.

“Nikmati sahaja apa yang ada, hidup ini sekali je kan?” Ujar lelaki ini.

Difahamkan, budak perempuan tersebut merupakan anak buahnya dan lelaki ini juga memberitahu bahawa kedua ibu bapa budak perempuan ini adalah seorang askar jadi tidak hairan lah jika anak buahnya ini ‘terlebih bersemangat’.

Video yang tular di laman TikTok:

@amirazuadialiffFyp

♬ bunyi asal – pipshunterz7

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telatah budak perempuan ini yang pada awalnya disangka dibuli oleh rakannya namun rupa-rupanya dia sendiri yang membaling bag tersebut.

Dalam masa yang sama, para netizen juga turut memuji sikap pemandu van yang menunggu 2 orang budak tersebut masuk ke dalam halaman rumah sebelum berangsur pergi menghantar pelajar lain.

Berikut merupakan komen warga maya:

“beg pergi dulu dari tuannya.. boleh campak buat apa nak pikul beg berat..”

“ingat kene buli rupanya memang style budak ni..”

“baru nak marah kenapa pembantu van tu campak bag budak tu.. lahh rupanya campak sendiri”


“boleh tahan ganas adik ni.. mesti adik2 kat dalam van tu tak berani nak buli adik ni..”

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.