Setelah lama berdiam diri, akhirnya Muzaffar Jakel telah membuka mulut pada hari ini dengan memohon maaf dan membuat penjelasan tentang kenyataannya.
Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook miliknya, Muzaffar menyatakan kekesalan dan memohon maaf di atas keterlanjuran perkataan yang dimuatnaik di laman Instagramnya tempoh hari.
Dalam pada itu, Muzaffar turut menjelaskan tentang tohmahan daripada akaun Facebook yang datang bukan dari keluarga mereka.
“Ini adalah penjelasan dan permohonan maaf saya diatas isu yang sedang tular di media sosial.”
Muzaffar turut menjelaskan bahawa dia adalah keturunan melayu dan tidak ada sebab untuknya memperlekehkan bangsa Melayu.
Malah, Muzaffar juga memuatnaik sijil kelahirannya bagi membuktikan dirinya adalah bangsa Melayu.
Rata-rata netizen memberikan respon bercampur-baur.
Ada yang masih sangsi tetapi ramai juga yang memberikan sokongan kepada Muzaffar.
“Bagus. Bila Tuan buat cerita sebenar baru rakyat tahu. Berani kerana benar dan takut kerana salah. Harap lain kali berfikir dahulu sebelum pos di media sosial.
“Allah memberi kita akal yang waras. Sedikit kesilapan akan membuat kita jatuh. Saya doakan semoga Allah membuka rahmat kepada kita semua dan harap tuan tidak lupa di mana bumi dipijak kerana nikmat Allah boleh ditarik pada bila-bila masa.” – Baharin
“Good job bro..maaf di terima….jakel ni keturunan dia baik2. Dari ayah bapak dia abg dia smua jnis bnyk bg bntuan berjuta2.. Fakir miskin bnyk diorang bantu.. Ank2 yatim.. Tnpe tnjuk2 kt media sosial.. Snap2 bgtau 1 Malaysia dia derma..
“Sangat humble… Derma dlm diam..staf2 pun kalau nk kwen dia support….1 kesalahan org nmpk.. Maki hamun mcm2….sabar lah bro…insyalllah org baik yg bnyk derma jalan Allah tlg fakir miskin anak2 yatim percayalah….semakin limpah rezeki kau..” – Naufal