Connect with us

Viral

“Selfish” Siap Tampal Nota, Penduduk Flat Selamba Bina Grill Sendiri Raih Kecaman Netizen

Hidup berjiran ni memerlukan kita untuk bermuafakat, menghormati dan tidak menyusahkan antara satu sama lain. Manakan tidak, lihat sahajalah di media sosial, ramai jiran yang bertekak dan bermasam muka oleh kerana sikap jiran yang tidak bertanggungjawab malah terkadang langsung tidak masuk akal.
Iospital phone repair gombak
Ada yang renovate rumah sehinggakan menjejas rumah orang lain, bina garaj sehingga tutup laluan jalan bahkan baru-baru ini tular video jiran menyimbah air kencing sendiri pada tingkap rumah jiran sebelah.

Sama juga ceritanya dengan kisah yang menjadi bualan baru-baru ini dimana seorang penduduk rumah flat selamba membina gril di kawasan rumahnya nyata mencetuskan kemarahan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @mynewshub, dapat kita lihat sebuah rumah di aras berkenaan telah membina pagar di koridor sekitar kawasan rumahnya sehingga tertutup jalan.


Lebih teruk, dia juga ada menulis nota untuk melalui laluan utama di depan untuk sebarang urusan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap segelintir individu yang jelas mementingkan diri sendiri.

Bukan itu sahaja, netizen juga turut mencadangkan agar lelaki itu membuat aduan kepada pihak berkuasa agar tindakan yang wajar dapat dilakukan.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di Twitter:

Continue Reading
Advertisement