Sebagai ibu bapa, pastinya kita mahu melihat anak kita selamat tidak kira dimana jua mereka berada malah mengharapkan agar anak tidak mudah terpengaruh dengan perkara yang tidak baik.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menjumpai kanak-kanak perempuan yang dalam keadaan ‘lalok’ mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @nrathirah_m, dapat kita lihat, budak perempuan itu berada dalam keadaan khayal di sebuah rumah bersama seorang lagi rakannya.
Difahamkan, adik lelaki kepada wanita ini telah menerima panggilan daripada budak perempuan tersebut supaya mengambilnya di sebuah rumah.
“Aku pun pick up diorang then tiba sorang budak ni dalam keadaan macam ni. Masa ni kami takut sangat tak tahu nak buat apa.”
Berkongsi lanjut, dia turut menjumpai budak perempuan ini dalam keadaan berbau hapak dan khayal.
Remaja perempuan itu juga turut mengakui dia telah mengambil pil terlarang iaitu epam dan sudah seharian tidak balik ke rumah ibu bapa.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terkejut melihat budak perempuan tersebut mengambil pil terlarang pada usia yang sangat muda.
Bukan itu sahaja, netizen juga berharap agar ibu bapa diluar sana lebih memantau gerak geri anak-anak agar tidak berlaku perkara yang tak diingini.
Antara komen warga maya:
“sedihnya tengo dalam keadaan macam ni masih terlalu muda.. semoga dipermudahkan segala urusan”
“kurang perhatian dari mak ayah pun salah satu budak2 cari keseronokkan”
“tak baik salahkan dia sepenuhnya.. mungkin dia pun dikhianati”
Video yang tular di laman TikTok: