Tanpa ibu, siapalah kita. Seorang ibu ini bukan sahaja melahirkan kita, malah telah berusaha sedaya upaya membesarkan dan mendidik anak-anak yang tersayang.
Pemergian seorang insan bernama ibu ini bakal meninggalkan impak yang sangat besar dalam kehidupan seseorang.
Sama seperti kisah seorang ‘influencer’ TikTok dua beranak ini yang telah mencuri perhatian ramai.
Sebelumnya, mereka pernah tular sejak musim pandemik lalu dengan telatah mereka dua beranak yang menghiburkan ramai warganet.
Walaupun ibunya itu seorang yang tegas, anaknya yang dikenali sebagai Nurul Ain itu sering menyakat dan mengusik ibunya itu.
Akan tetapi sejak tahun lepas, ramai yang bertanyakan mengenai ibunya itu kerana sudah tidak kelihatan lagi dalam video TikToknya seperti biasa.
Innalillah, siapa yang sangka sebenarnya ibunya itu sudah pun dijemput menghadap Ilahi dan telah selamat kembali ke rahmatullah.
Difahamkan, Nurul Ain bukan sahaja meluahkan rasa dukanya malah turut menyelitkan kenangan manis bersama ibunya yang tersayang itu, Allahyarhamah Siti Hawa Binti Sidek menerusi suatu hantaran video.
Pemergian Allahyarhamah Siti Hawa dapat dilihat turut meninggalkan kesan kepada ramai pihak, juga termasuklah rakan baiknya sejak mereka bersekolah lagi.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Cikgu Ferdy di laman Facebooknya, Allahyarhamah Siti Hawa merupakan seorang insan yang sangat ceria dan suka bergelak tawa, tetapi sebenarnya dia menyembunyikan kesakitannya iaitu menghidap barah.
Dikatakan, Allahyarhamah telah menghembuskan nafas terakhirnya pada hari semalam dan telah pun selamat disemadikan pada hari ini.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai menitipkan doa buat Allahyarhamah Siti Hawa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Antara komen netizen:
“Innalillahi wainna ilahi rojiun semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman AL Fatihah dan salam takziah kepada ahli keluarga Allahyarhamah Siti hawa binti sidek”
“Salam Takziah buat sahabatku Siti Hawa Sidek.. penderitaan mu sudah berakhir.. semoga Kau tenang di sana..”
Video yang tular: