Siapa tak kenal personaliti hebat, Yang Berbahagia Datuk Syafinaz Selamat, iaitu guru vokal berbakat besar di Malaysia. Beliau turut memainkan peranan penting dalam berbagai-bagai program nyanyian sebagai juri, seperti yang masih disirakan, Gegar Vaganza 9.
Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan penyanyi klasikal negara dan jurulatih vokal terkemuka malah giat menjadi pengkritik dalam seni persembahan di seluruh tanah air.
Mesti korang ingat Datuk Syafinaz ni ajar orang menyanyi je kan? Tapi sebenarnya tidak. Baru-baru ini tular satu video di TikTok memaparkan Datuk Syafinaz gigih mengajar seorang ustazah yang juga qariah tentang teknik pernafasan.
Seperti yang kita tahu, tugas qari dan qariah adalah membaca al Quran beserta tarannum. Oleh itu, mereka juga perlu memahiri teknik pernafasan yang betul agar dapat melontarkan bunyi tarannum yang lebih baik.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @syafinazselamat.fans, qariah yang dikenali sebagai Ustazah Aisyah mengikuti ajaran yang disampaikan wanita berusia 49 tahun itu bagi menyempurnakan penyampaian tarannumnya.
Apabila meneropong ke ruangan komen, netizen memuji kesungguhan dan keikhlasan Datuk Syafinaz dalam mencurahkan ilmu kepada ustazah tersebut.
Mereka juga berharap agar mengajar para qari dan qariah boleh menjadi sebab beliau mendapatkan ganjaran syurga Allah SWT. Dalam pada itu, tak kurang juga yang memuji penampilan beliau yang dilihat manis bertudung dan berbaju kurung.
Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok
“Semoga menjadi asbab masuk ke syurga”
“ustazah ni dh terer taranum weh, tp dia pn terbuka utk belaja lg dgn tokpinaz. subhanallah. tahniah kdua duanye. moga menjadi asbab utk msuk ke syurga allah”
“Bila teknikpernafasan betol, baru tarannum tu smooth. Tak jadi lelah or tercungap. Terbaik tok pinaz!”
“Cantik Datuk bertudung.. Teruskan Datuk.. Ameen…”
Video yang tular di laman TikTok