Connect with us

Viral

“Semoga saya terus kuat & istiqomah” Gadis Ini Bersyukur Dipermudahkan Peluk Islam

Setiap kali mendengar perkhabaran ada saudara baru yang memeluk agama Islam, pastinya jiwa kita begitu teruja di samping memberikan kata-kata positif.

Kagum dengan kisah para mualaf

Seperti sebelum ini, beberapa perkongsian di laman sosial mengenai mereka yang memeluk agama Islam telah tular dan mendapat perhatian ramai.

Kita yang beragama Islam juga kagum apabila mendengar satu per satu kisah bagaimana para mualaf ini mendapat hidayah.

Semoga terus istiqamah

Menerusi perkongsian pengguna Twitter, seorang gadis berkongsikan kegembiraannya setelah berhasil mengucap dua kalimah syahadah secara rasmi pada 3 Jun 2020.

Dia juga dilihat memuat naik sekeping gambar yang memaparkan dokumen ikrar memeluk islam oleh Jabatan Agama Johor.

Dia berharap orang ramai dapat mendoakannya

Jelasnya dengan ringkas, dia berharap agar orang ramai dapat mendoakan dirinya terus kuat dan istiqomah dengan keputusan yang dibuat.

Orang ramai ucap tahniah

Berita kedatangan saudara baru ini ke dalam agama islam disambut gembira oleh para netizen yang lain.

Ada yang berkongsi tips

Selain itu, orang ramai juga dilihat tidak lokek untuk berkongsi tips serta memberi hadiah sebagai tanda mengalu-alukan kedatangannya.

Apa yang lebih mengejutkan, ada juga yang meluahkan hasrat untuk mengikut jejak langkah gadis ini apabila capai umur dewasa kelak.

Tahniah dan selamat datang. Semoga gadis ini terus kuat dan istiqamah mendalami agama Islam.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.