Connect with us

Viral

Sempat Azankan Ibu Sebelum Ke Mekah, Sebak Dapat Berita Anak ‘Pergi’ Dulu

Menjadi kebiasaan, jika ada ahli keluarga ingin pergi melakukan ibadah di Tanah Suci, pasti ahli keluarga yang lain turut bersama-sama hantar di lapangan terbang bagi memberikan pelukan serta bersalam-salaman antara satu sama lain.

Hal ini kerana, ramai di antara kita bimbang jika lambaian tersebut merupakan ‘lambaian terakhir’ kerana biasanya jika seorang meninggal dunia di Makkah, sudah tentu jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke negara asalnya, tetapi akan dikebumikan di sana.

Pun begitu lain pula kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu terkedu seribu bahasa apabila dia kehilangan anak tercinta sewaktu dia berada di tanah suci Mekah.

Difahamkan, anak lelakinya telah pun pergi menghadap Ilahi apabila motosikal yang dinaiki Muhammad Azizul Haiqal Zulkefli telah bergesel dengan sebuah kereta sebelum bertembung dengan satu kenderaan lain di Tanjung Kling, Melaka.


Apa yang membuatkan ianya bertambah sedih adalah apabila Allahyarham anaknya itu sempat melaungkan azan sebelum menghantar ibunya.

Akui ianya berita yang sangat memilukan dan sukar untuk ditelan namun si ibu reda dan akan terus berdoa dari tanah suci.

Menerusi sebuah lagi perkongsian lain, Allahyarham disifatkan seorang remaja yang cukup baik dan juga disegani selain selalu menjadi imam di surau-surau berdekatan malah pemergian pemuda itu memberi kesan yang mendalam kepada ahli keluarga dan juga kenalan yang lain.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui sebak mendengar khabar pilu tersebut sekaligus menzahirkan ucapan takziah dan mendoakan agar roh anak lelakinya itu dicucuri rahmat serta ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.


Video yang tular di laman TikTok:

@ellellell720/06/2022 – Doa mengiringi keberangkatan seseorang yg bergelar ibu utk ke Tanah Suci – Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli – terima kasih Haikal kerana menjadi anak yg soleh yg baik utk kakak achik…Klebang Melaka♬ original sound – Ell

@ellellell7Innalillahiwainnailahirojiun semoga Muhammad Azizul Haikal bin Zulkifli ditempatkan di kalangan orang2 mukmin, Ya Allah yg Maha Mengasihani ko berikan kekuatan untuk kakak ku Norzaini binti Akasah menjalankan ibadah haji dan kurniakan lah dia haji yg mabrur🤲🏻😭 kakak ku…kelak kembalinya ke bumi Malaysia ini anak bongsu mu telah tiada 😭 Allahuakhbar 😭♬ son original – Tayibou Fit_

@ellellell7Last moment mom n son’s before he left forever 😭 tepat 1.51 23/06/2022 pagi jenazah Muhammad Azizul Haikal bin Zulkefli selamat disemadikan….doa ibu dari jauh dari Mekah urusan semua dipermudahkan 🤲🏻🤲🏻🤲🏻 amiinn allahumma amiinn… semua org sayang Haikal Allah janjikan bidadari syurga untuk seorang huffaz. Tenang lah Haikal 🤲🏻 kita semua akan dijemput juga ke sana🤲🏻🤲🏻😭♬ suara asli – mohfikrih99

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.