Hari ini merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadah puasa meskipun rakyat Malaysia masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan.
Ketika PKP ini, pergerakan rakyat terbatas dan perkhidmatan runner diperlukan untuk memudahkan urusan.
Hari ini, umat Islam di Malaysia telah memulakan ibadah puasa. Pastinya malam tadi menjadi momen yang penuh warna apabila ada yang menyambutnya dengan berterawih bersama keluarga dirumah.
Pergi mengadap Ilahi ketika sedang bekerja
Walaupun malam tadi adalah malam pertama dibulan Ramadhan, namun begitu masih ada yang berada di luar mencari rezeki.
Begitu juga dengan seorang runner yang dikhabarkan mengalami kecelakaan jalan raya ketika sedang bekerja.
Meninggal di malam Ramadan pertama
Sementara itu, menerusi satu perkongsian di Twitter seorang lelaki telah memaklumkan bahawa rakannya telah terlibat dalam kemalangan dan meninggal dunia.
Difahamkan, rakannya itu telah meninggal dunia semasa sedang bekerja sebagai penghantar makanan.
Dilanggar kereta ketika bekerja
Mangsa korban adalah Allahyarham Daniel Dzaqi merupakan seorang penghantar makanan restoran makanan segera KFC yang baru berusia 21 tahun.
Ketika kejadian pada malam tadi, dia telah dilanggar oleh sebuah kenderaan sehingga meninggal dunia.
Sebelum kejadian, mangsa terperangkap dalam hujan lebat
Lebih menyediahkan, sebelum allahyarham meninggal dunia, dia ada memuat naik beberapa status di Instagram dan Twitternya.
Allahyarham sempat berkongsi status mengatakan berada dalam keadaan takut kerana terperangkap dalam hujan lebat.
Sempat bawa balik KFC untuk adik-adiknya
Selain itu, menerusi satu lagi perkongsian di laman Twitter rakan kepada Allayarham turut berkongsi luahan hati kehilangan rakan karibnya.
Apa yang lebih meruntum jiwa adalah kiriman anaknya yang menyatakan Allahyarham sempat bawa balik KFC untuk adik-adiknya.
Ramai antara rakan-rakan dan netizen yang terkejut dengan berita pemergiannya. Mereka telah mengucapkan salam takziah dan berdoa agar roh allahyarham dicucuri rahmat.