Setiap pasangan yang berumah tangga pastinya diuji dengan pelbagai masalah yang tersendiri.
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri, antara pepatah yang sering digunakan apabila berlaku perselisihan faham dalam rumah tangga yang dibina.
Tak tahan diseks@ oleh keluarga mertua dan suaminya
Walaubagaimanapun sekiranya masalah tersebut tidak dibendung, ianya akan menjadi satu masalah yang sangat besar sehingga boleh merosakkan hubungan baik antara pasangan.
Namun begitu, lain pula nasib yang menimpa seorang wanita ini apabila dia nekad mengakhiri hidupnya kerana tidak tahan diseks@ oleh keluarga mertua dan suaminya.
Diseks@ kerana kerana beri mas kahwin sedikit
Wanita malang yang dikenali dengan nama Ayesha Banu Makrani ini dipercayai bertindak menerjun ke dalam sungai di Sabarmati, India.
Hal ini berpunca selepas wanita yang berusia 23 tahun ini sering diseks@ oleh suami dan keluarga mentua hanya kerana dia telah memberi mas kahwin sedikit.
Kerap minta wang dari Ayesha dan keluarganya
Mereka mula menyeksa wanita ini dan kerap meminta wang kepada Ayesha dan keluarganya.
Difahamkan Ayesha dan suaminya, Aarif Khan Garuji telah mendirikan rumah tangga pada Julai 2018.
Mula dider@ sejak dua bulan bernikah
Setelah dua bulan bernikah, Ayesha sering dipukkul dan dider@ oleh suami dan keluarga mentuanya.
Namun pada Disember 2018, wanita ini dikatakan telah melarikan diri ke rumah bapa kandungnya.
Ketua kampung memintanya pulang ke pangkuan suami
Akan tetapi semasa di sana, ketua kampung telah memintanya pulang semula ke pangkuan suami.
Menurut sumber, walaupun sering diperlakukan sedemikian tetapi Ayesha mengakui sangat sayang dan cintakan suaminya itu.
Sempat rakam video untuk hantar ke suami sebelum lompat jambatan
Setelah sekian lama bersabar, Ayesha akhirnya tidak mampu bertahan dan membuat keputusan tersebut.
Pada 25 Februari 2021, Ayesha sempat merakam video terakhirnya dan dihantar kepada suami dan keluarga sebelum bertindak melompat dari jambatan dan terjun ke dalam sungai terbabit.
Aku lakukannya tanpa paksaan
Menerusi video berdurasi hampir 2 minit itu, Ayesha meluahkan segala perasaan yang terpendam selama ini.
“Hello, Assalamualaikum, aku Ayesha Arif Khan. Apa yang aku lakukan sekarang, aku lakukannya tanpa paksaan.”
Dia mahukan kebebasan dan aku biarkan dia bebas
“Apa yang ingin aku katakan sekarang, Tuhan memberikan aku hidup hanya setakat ini dan hidup yang singkat ini sangat aman.”
“Aku mencintai Aarif. Kalau dia mahukan kebebasan, aku akan biarkan dia bebas. Apa-apa pun, hidup aku berakhir di sini. Aku gembira dapat berjumpa Allah.”
Ayesha sentiasa berada di samping suaminya
Susulan daripada video yang diterima, keluarga Ayesha telah menghubungi pihak polis.
Malah, sebelum kejadian itu juga, Ayesha dikatakan telah menghubungi suaminya mengatakan dia akan sentiasa berada di samping suaminya itu.
Aarif mengatakan lebih baik isterinya itu mati
Tetapi Aarif telah memarahi Ayesha dan mengatakan lebih baik jika isterinya itu mati.
Tidak cukup dengan itu, Aarif juga memberitahu isterinya untuk menghantar video sekiranya ingin mengakhiri hidup.
Dikurung oleh Aarif selama empat hari tanpa diberi makan
Memetik laporan India.com , setelah hampir 2 minggu berlalu, peguam Ayesha iaitu Zafar Pathan telah mendedahkan satu surat yang ditulis oleh mangsa dan ditujukan khas buat suaminya.
Dalam surat tersebut, Ayesha memberitahu dia telah dikurung oleh Aarif di dalam bilik selama empat hari tanpa diberi makan.
Aarif sebabkan anak dalam kandungannya meninggal dunia
Bukan itu sahaja, layanan Aarif juga telah menyebabkan anak dalam kandungannya meninggal dunia.
“Sayangku Aarif, saya kecewa bila awak kaitkan nama saya dengan Asif. Dia adalah kawan baik dan abang saya.”
Awak dah hancurkan dua nyawa
“Saya tak pernah membantah awak tapi awak dah hancurkan dua nyawa. Saya tidak bersalah tetapi kelakuan dan perangai awak yang menghancurkan segalanya.”
Selain itu, Ayesha juga mendapati suaminya itu menjalinkan hubungan cinta dengan wanita lain.
Menerusi laman Twitter, video Ayesha sebelum melompat dari jambatan turut dikongsikan di laman sosial dan mendapat perhatian ramai.
Ayesha kecewa dan mahu akhiri hidupnya
Perkara ini membuatkan Ayesha semakin kecewa selain mahu mengakhiri hidupnya. Pihak polis kini sedang mengumpul bahan bukti untuk tindakan selanjutnya.
Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan contoh kepada kita semua. Diharap setiap pasangan yang berkahwin menghargai pasangan masing-masing.