Connect with us

Semasa

Sempat Tunai Hajat Pakai Uniform Bomba, Danial ‘Pergi’ di Pagi Jumaat Yang Hening

Sebelum ini akhbar ada melaporkan tentang hasrat seorang kanak-kanak yang menghidap kanser otak untuk mengenakan pakaian seragam bomba.

Ahmad Danial Ahmad Suhairi yang menghidap kanser otak jenis Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat dikhabarkan telah meninggal dunia pagi tadi.

Menerusi perkongsian oleh SR Islam Al-Irsyad Balok, adik Ahmad Danial telah menghembuskan nafas yang terakhir lebih kurang jam 4 pagi tadi.

Innalillahi Wainna Ilaihi Raajiun

Pagi Jumaat yang hening. Pihak @SR Islam Al Irsyad Balok mendapat perkhabaran duka perginya anak didik kami yang tercinta, Adik Muhammad Daniel b Muhammad Suhairi bertemu Ilahi lebih kurang pukul 4 pagi tadi.

Allah menjemputnya pulang di hari Jumaat yang mulia. Almarhum Ahmad Daniel disahkan menghidap DIPG iaitu sejenis kanser otak pada Mac yang lalu.

Semoga keluarga almarhum Ahmad Daniel tabah dan sabar menghadapi ujian ini.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumah neneknya di Beserah untuk disemadikan di sana.

Tenanglah kamu di sana wahai anak syurga..
02022012-25102019

Khabar duka itu turut disampaikan oleh pengerusi Persatuan Sokongan Anak-Anak Kanser (Pesona) menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Rata-rata netizen menyampaikan rasa simpati dan mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham.

Sebelum ini, bapa Ahmad Danial memberitau dirinya merasa bangga apabila melihat anaknya mengenakan pakaian seragam anggota bomba lengkap dengan tanda nama pada 5 Oktober lepas.

Menurut Ahmad Suhairi Ali, 33, walaupun anaknya tidak boleh menunjukkan sebarang reaksi, namun beliau percaya anak sulung daripada tiga beradik itu berasa gembira lebih-lebih lagi apabila berpeluang menaiki jentera bomba.

Ahmad Suhairi memberitahu, Danial memang teringin untuk menjadi seorang anggota bomba.

Malah, setiap kali dia melihat jentera pasukan beruniform tersebut, pasti dia akan teruja.

“Danial (panggilan Ahmad Danial) memang ingin sangat menjadi anggota bomba. Setiap kali melihat jentera atau aksi anggota bomba, dia akan teruja dan beritahu bomba adalah wira penyelamat yang hebat.”

Ahmad Suhairi juga berharap perkara ini menjadi kenangan yang paling manis buat anaknya itu.

“Saya harap ini menjadi kenangan paling manis untuk anak dan berterima kasih kepada semua yang menjayakannya,” katanya.

Ahmad Danial dikesan menghidap penyakit itu pada bulan Mac lepas, apabila menjalani pemeriksaan di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini ekoran keadaan matanya yang juling.

“Kami beranggapan mungkin Danial hanya mengalami sindrom ‘mata malas’ namun setelah pemeriksaan, doktor mengesahkan dia menghidap kanser otak sebelum disahkan sebagai kanser jenis DIPG.”

Takziah diucapkan buat Ahmad Suhari sekeluarga dan semoga segala urusan dipermudahkan.

Continue Reading
Advertisement
2 Comments

2 Comments

  1. Pingback: Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaika ,Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial,Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat – Sinar Viral Network

  2. Pingback: Cita Cita Ingin Menjadi Ahli Bomba Ditunaikan ,Tapi Allah Lebih Menyayangi Adik Danial,Menghadap Ilahi Di Pagi Jumaat - Info Sebenar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.