Pelakon yang sedang meningkat naik, Raysha Rizrose semalam ada menyampaikan sebuah lagu khas bersempena dengan hari jadi bintang terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL).
Balu kepada Allahyarham Ashraf Sinclair itu menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-37 semalam.
Raysha yang juga adik kepada pelakon terkenal Uqasha dan Nelydia Senrose itu turut mendoakan agar bintang itu terus kuat dalam menghadapi kehidupannya.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, Raysha menyanyikan lagu tersebut khas buat BCL.
“Here’s a cover that the team and I made sebagai tribute sempena ulang tahun kelahiran bunga tercantik, @bclsinclair.
“Semoga terus kuat menghadapi kehidupan. We love you,”
Rata-rata para pengikutnya memuji nyanyiannya yang dikatakan merdu itu.
“Wauu.. suara best asal xjd penyanyi je sis”
“Wuuuuu suara husky ala ala indon gitu”
Terdahulu, dunia hioburan tanah air dan juga Indonesia dikejutkan dengan berita kematian pelakon asal Malaysia, Ashraf Sinclair.
Allahyarham meninggal dunia pada 18 Februari lalu dipercayai akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan).
Allahyarham telah dikebumikan di kompleks pemakaman San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.
Ashraf Sinclair dan Bunga Citra Lestari telah mendirikan rumah tangga pada November 2008 di Jakarta, Indonesia.
Pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata, Noah Sinclai yang dilahirkan pada tahun 2010.