Tiada apa yang dapat menandingi kasih dan sayang seorang ibu kepada anak. Dan kita sebagai anak, seharusnya membalas keikhlasa itu dengan sedaya yang kita mampu.
Itulah yang dipaparkan oleh seorang pengantin baru ini apabila fotonya tular menerusi Facebook jurufoto, Seniman Visual yang memaparkan nilai kasih sayang seorang anak dan pengorbanan ibu yang mahu melihat kebahagiaan zuriatnya.
Pengantin dukung ibu ke masjid
Menerusi perkongsian foto-foto tersebut, antara yang menyentuh hati adalah apabila pengantin lelaki mendukung ibunya yang sudah tidak mampu berjalan memasuki ruangan sebuah masjid, dimana majlis pernikahan diadakan.
Menurut jurufoto tersebut, majlis pernikahan itu adalah antara momen yang paling sebak pernah mereka ambil, apabila melihat begitu besarnya pengorbanan seorang ibu.
KASIHNYA EMAK TIDAK DAPAT DIHITUNG..
“Sebak bila melihat seorang mak sanggup datang ke majlis akan nikah anaknya demi memenuhkan hasratnya..
“Tangislah, tangislah untuk melepaskan segala yang terpendam.
“Jika kamu masih mempunyai wanita yang bergelar MAK, sayangilah mereka dan jagalah mereka sebaiknya kerana segala doa daripada dia akan termakbul..
“Secara jujur, inilah majlis akad nikah yang paling sebak pernah kami shoot.. kesemua yang hadir berlinang air mata..”
Hari bahagia anak
Menyaksikan hari bahagia anak-anak adalah impian buat setiap ibu bapa, begitu juga dengan ibu ini.
Walaupun dalam keadaan uzur, namun demi anak-anak, dia menggagahkan diri untuk hadir melihat sendiri anak lelakinya bergelar seorang suami.
Suasana sekitar pernikahan menjadi sayu apabila kesemuanya tidak dapat menahan sebak melihat nilai kasih sayang seorang anak kepada ibunya.
Meninjau di ruang komen, rata-rata netizen amat tersentuh dengan perlakuan pengantin lelaki tersebut yang menzahirkan rasa hormat dan sayang terhadap ibunya.