Connect with us

Viral

“Semuanya nampak gigi je” Pengantin ‘Ghaib’ Dalam Gambar, Photographer Buat Kerja Tak Ikhlas Bikin Wanita Naik Darah

Selain persiapan busana, katering mahupun pelamin, mengupah jurugambar juga penting dalam mengabadikan momen terindah pengantin.

Iospital phone repair gombak

Malah sebelum menempah khidmat jurugambar, pasangan pengantin akan melihat terlebih dahulu hasil kerja.

Namun, walaupun sudah meninjau hasil gambar oleh jurugambar yang diupah, masih saja pengantin di luar sana seolah-olah kena scam!

Gambar yang diperoleh menjadi terlalu teranglah, gelaplah dan macam-macam lagi sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pasangan pengantin.

Persis pengalaman wanita ini yang masih kecewa dengan album perkahwinannya walaupun sudah 3 tahun berlalu.

Menurut Sayyika, gambar pada majlis bahagia mereka semuanya tidak memuaskan serta diambil secara sambil lewa oleh jurugambar.

Lebih kasihan, gambar suaminya hanya nampak gigi sahaja gara-gara kurang pencahayaan. Bukan itu sahaja, gambar makcik terselak kain dan tong sampah pun ada!

Video yang tular di TikTok itu kini berjaya meraih jumlah tontonan sehingga 546.5 ribu manakala mengumpul sebanyak 13 ribu tanda suka hanya dalam masa sehari!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan reaksi simpati terhadap wanita ini dan suaminya.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan pengalaman masing-masing di mana turut pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Kesiannyaa 🥺 dah lah sekali seumur hidup. Kena hati hati bila pilih photographer”

“Tu kenangan kak .. gmbar sekeliling..sy lagi suka mcm tu dari amik gmbr sy je”


“lucu lah sis ni pertama kali tdi carik mana waja suami dia🤣🤣 nasip ada gigi tu yg nampak”

“saya punya overlighting background , rasa tengah bersanding ke syurga 😌”

“Photographer mcm ada dendam ja ni😂”

Video yang tular di laman TikTok

@tykasayy Tak tahu nak gelak ke nak sedih #photoshoot #khawin #gambarkahwin #hancurhatiku #husbandwife #perak #fyp #fypシ #foryoupage #fypシ ♬ Bahagia Bersamamu – Ghina Mei

@tykasayy Sedih aku tengok diri sendiri disitu 😮‍💨#photoshoot #khawin #gambarkahwin #husbandwife #perak #fypシ #masukberanda #fypシ #fyp ♬ DJ COMANDO MAPOPO MBONA WAMESHA SYALALA VIRAL TIKTOK – DJ REVO REMIX

@tykasayy Kesian suami aku 😅 Terus jadi ghaib angkara photograher hauk 😫#photographer #photoshoot #photoshoot #khawin #gambarkahwin #husbandwife #fypシ #fyp #hancurhatiku #hancurhatiku #CapCut #foryoupage #xyzbca #fypシ ♬ Ada Yang Baru Nih Bos Mantap Betul – Ritchy DTM

Continue Reading
Advertisement