Lorong kecemasan di lebuh raya dibuat untuk kenderaan yang menghadapi sesuatu masalah seperti kerosakan.
Selain itu lorong kecemasan juga digunakan oleh ambulans, bomba dan penyelamat jika dalam situasi kecemasan.
Lorong ini juga memudahkan mereka keluar daripada aliran trafik dengan selamat dan tidak menyebabkan kawasan lebuh raya sesak sekiranya berlaku sebarang kemalangan.
Kecoh di laman Twitter baru-baru di mana sebuah kereta jenama Mercedes menggunakan lorong kecemasan untuk kepentingan diri sendiri!
Kejadian tersebut dirakam oleh dashcam milik seorang pengguna lebuh raya yang sama ketika itu dan dimuat naik semula oleh @isusemasaviral.
Dari pandangan belakang dashcam, kereta mewah tersebut dari awal sudah duduk di lorong kecemasan namun dihalang oleh pemilik dashcam.
Selang beberapa minit kemudian, kereta tersebut berjaya memotong kereta yang menghalangnya daripada kekal di lorong kecemasan.
Namun, tindakannya selepas itu membuatkan netizen di Twitter naik darah. Sudahlah buat salah sebab sengaja ambil lorong kecemasan, dia turut memberhentikan kereta dan membaling sesuatu kepada pemilik dashcam ini!
Pemandu lelaki itu dipercayai membaling sampah kecil sebagai tanda marah dan protes kerana menghalang jalannya.
Tak lama kemudian dia memecut laju keretanya dan meninggalkan pemilik dashcam tanpa rasa serba salah.
Video yang tular di laman Twitter
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata marah dengan tindakan pemandu Mercedes itu kerana dianggap sendiri buat salah sendiri marah.
Dalam pada masa yang sama ada juga yang berpendapat lorong kecemasan tidak patut dihalang kerana bakal menyesakkan lagi aliran lalu lintas.
Berikut antara komen-komen netizen di Twitter
Difahamkan pemilik kereta tersebut kini di bawah siasatan polis untuk diambil tindakan selanjutnya.