Connect with us

Viral

“Senyum dalam derita,” Pemandu Teksi Usung Tangki Oksigen Cari Penumpang Demi Tampung Kehidupan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah perumpamaan yang sesuai buat seorang pemandu teksi yang gigih bekerja demi sesuap nasi.

Tanggung derita pelbagai penyakit

Walaupun menanggung derita pelbagai jenis penyakit, seorang lelaki di Thailand tetap bekerja keras mencari rezeki dengan memandu teksi.

Pemandu teksi yang bernama Sumeth Singpun, 49, dikatakan menghidap pelbagai jenis penyakit yang menghalangnya untuk hidup normal seperti orang lain.

Usung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta

Kisahnya dikongsikan seorang pengguna Facebook, Nongying Chuaibamrung dalam satu pertemuan mereka di sebuah bandar di utara Bangkok.

Menurut Nongying, Sumeth terpaksa mengusung tangki oksigen yang diikat pada kusyen kereta ketika bekerja demi menampung kos rawatan dan sewa rumahnya.

Tinggal seorang diri selepas ditinggalkan anaknya

Difahamkan, lelaki itu dikatakan memandu dengan sangat perlahan di bawah 40 km/j berikutan keadaannya yang tidak dapat melihat dengan baik.

Malah, dia juga dikatakan mempunyai pelbagai penyakit termasuk masalah buah pinggang dan perlu menjalani dialisis.

Apa yang lebih meruntum jiwa, lelaki itu dipercayai duduk seorang diri selepas ditinggalkan anaknya.

Anak lelaki tidak pernah pulang menjaganya

“Dia tinggal di Ayutthaya, sendiri. Dia perlu membayar sewa. Tak kerja, tiada wang. Wang untuk orang kelainan upaya juga tidak cukup untuk rawatan”.

“Jadi perlu menyewa teksi untuk memandu. Ada seorang anak lelaki, tak pernah pulang untuk menjaganya,” tulis Nongying.

Bagaimanapun, dia sempat menghulurkan sedikit sagu hati kepada pemandu teksi berkenaan di samping menawarkan diri untuk menguruskan bantuan yang ingin disalurkan kepada pemandu tersebut.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib pemandu teksi ini. Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran kepada kita semua.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.