Jasa dan pengorbanan mereka yang berkhidmat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakkan sememangnya sangat besar dan patut dihargai.
Bukan sahaja mereka yang bertugas dalam sektor kesihatan dan pertahanan, para penghantar makanan turut berhadapan dengan risiko sama.
Untuk memastikan pelanggan menerima tempahan makanan pada waktu yang ditetapkan, para penghantar makanan pastinya akan berusaha secepat mungkin untuk menghantar pesanan kepada pelanggan.
Eira Syazira mohon doakan sepupu
Walau bagaimanapun, siapa sangka musibah menimpa tanpa dijangka. Hal ini samalah seperti yang terjadi kepada sepupu pelakon popular Eira Syazira yang meninggal dunia semasa dalam perjalanan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
“Mohon saudara2 ku, sedekah kan Al Fatihah buat Allahyarham Muhammad Fakrul Rozi. Arwah ketika itu dalam perjalanan menghantar makanan ke rumah customer. Allahu Akbar!!! Innalillahiwainnailaihirojiun”
Muhammad Fakrulrozi Fauzi, lelaki berusia 21 tahun itu dalam perjalanan menghantar pesanan makanan dari McD kepada pelanggannya namun terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan.
Abang Allahyarham sahkan di Facebook
Abang kepada mangsa telah memaklumkan perkara tersebut di Facebook dan memberitahu bahawa adiknya telah meninggal dunia sekitar tengahari semalam iaitu sehari sebelum Ramadan.
“Assalamualaikum Adik kesayangan kami sekeluarga Muhammad Fakrulrozi Fauzi telah menghembuskan nafas terakhir tgh hari semalam lebih kurang jam 1.45pm , Khamis, 23 April 2020 (sehari sebelum Ramadhan tiba)”
“Arwah terlibat dalam kemalangan jalan raya di area Jasin, Melaka semasa menghantar food delivery ke customer.
“Sama sama doakan agar arwah adik saya ditempatkan dlm kalangan hamba hamba nya yg beriman.
“Bagi sesiapa yg mengenali arwah, dengan rendah diri sy mintak agar kalian halalkan segala makan minum arwah, gurauan, tersalah terkasar bahasa arwah.
“Ampun kan segala dosa segala salah silap arwah sepanjang arwah hidup.
Jika ada mana mana hutang yang arwah masih tergantung boleh direct PM saya.
Insyallah sy akan selesaikan.
“Bersemadilah kamu dgn aman di sana Fakrul. 04 June 1998 – 23 April 2020. Alfatihah”
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook, jelas sekali makanan yang dipesan oleh pelanggan bertaburan di jalan dan mangsa yang sudah meninggal dunia ditutup menggunakan payung.
Rata-rata netizen berasa sebak dan turut mengucapkan salam takziah kepada seluruh keluarganya.
Customer luah rasa simpati
Menerusi perkongsian di satu Group Facebook, seorang pelanggan yang membuat pesanan makanan dari Allahyarham meluahkan rasa terkejut dan simpati.
“Assalamualaikum. Salam takziah dari sy utk keluarga arwah (runner mcd) dari limbongan. Sy salah seorang customer arwah hari ini.
“Hampir beberapa jam menunggu arwah tetapi Allah gerakkan hati sy utk bukak group ini semula setelah wssp sy tiada respon.
“Dapat berita yang mengejutkan ada y share runner mcd accident. Terkejut and beranikan nak comment utk dptkan confirmation.
“Walaupun sy tak kenal arwah tapi sy turut berduka cita atas pemergiannya. Semoga arwah ditempatkan dikalangan org y beriman.”