Connect with us

Viral

“Seramnya harga dia..” Lelaki Terkejut Tengok Harga 30 Batang Sate di Kawasan KL, Terus Tanya Netizen Normal Atau Mahal

Keadaan ekonomi yang tidak menentu di negara kita telah menyebabkan kenaikan harga barang, secara tidak langsung memberikan kesan terhadap rakyat seperti kita.

Iospital phone repair gombak

Termasuklah harga makanan di restoran, mahupun gerai-gerai kecilan disebabkan harga barang basah yang semakin meningkat.

Baru-baru ini, tular satu ciapan di Twitter oleh @adiehussin94 yang berkongsikan harga sate yang dibeli oleh kakaknya di sebuah kedai.

Menerusi ciapan yang dibuat, lelaki itu memuat naik gambar menu yang dipesan beserta resit pembelian.

Dapat dilihat kakaknya memesan 15 cucuk sate ayam, 15 cucuk sate daging dengan dua nasi impit.

Yang membuatkan dia sendiri terkedu, harga kesemua makanan itu mencecah sehingga RM107!

Adie yang tidak pernah membeli sate di kawasan Kuala Lumpur terus meminta pandangan kepada netizen.

My sister buy a satey, cuma nak tanya netizen lah, murah ke mahal? ke standard?,” tulisnya.

Susulan tularnya ciapan ini, ianya telah meraih perhatian ramai dengan mengumpul sebanyak 2265 retweets, 2616 quote tweets dan 8987 likes!

Ketika meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut terkejut malah berpendapat harga sate berkenaan mahal serta tak masuk dek akal.

Malah, jenis bahan pembuatan sate itu turut dipersoal sehingga membolehkan peniaga meletakkan harga sebegitu rupa.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Ciapan yang tular di laman TikTok

Continue Reading
Advertisement