Connect with us

Viral

Sering Jadi ‘Port’ Untuk Healing, Netizen Sedih Kini Bukit Tunku Viewpoint Ditutup

Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk menenangkan fikiran. Ada yang suka meluangkan masa dengan keluarga ataupun kawan-kawan untuk melupakan masalah dan ada juga yang lebih selesa bersendiri.
Iospital phone repair gombak
Seperti yang kita tahu, pelbagai tempat menarik untuk ‘healing’ seperti pantai, lepak di sungai sambil dengar bunyi deruan air sungai sangat menenangkan fikiran ataupun yang paling famous kini adalah melihat pemandangan dari atas bukit ataupun bangunan tinggi.

Di Kuala Lumpur, terdapat pelbagai tempat menarik seperti Bukit Ampang Viewpoint, Bukit Antarabangsa Sunset Viewpoint dan Bukit Tunku Viewpoint.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kecoh di media sosial dimana ada segelintir netizen berkongsi keadaan viewpoint tersebut yang kini ditutup dengan penghadang.

Pekara tersebut nyata membuatkan ramai yang bersedih kerana tempat ‘healing’ mereka kini sudah tiada.

Bukan itu sahaja, ramai juga yang berkunjung ke Bukit Tunku viewpoint itu sebelum ia ditutup selamanya.


Sehingga kini, sebab penutupan Bukit Tunku Viewpoint masih tidak diketahui namun ada yang berpendapat penutupan tersebut mungkin disebabkan penduduk di sana tidak tahan dengan sampah yang ditinggalkan pengunjung.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui kecewa melihat melihat situasi tersebut namun ada yang mencadangkan untuk orang ramai pergi menenangkan fikiran di tempat menarik yang lain di Ibu Kota.

Antara komen warga maya:

“Dah takde dah tempat untuk aku melepaskan jeritan”

“Bukit Tunku my fav place untuk healing walaupun baru 2x pergi”


“Farewell bukit tunku”

“Sebab dekat situ tempat rumah orang kayangan sebab tu dia tutup, orang kayangan buat report”

Video yang tular di laman TikTok:

@jess.gn5 bukit tunku nak tutup ehhh ? #fyp #masukberanda #ditaja ♬ suara asli – Sam Doremi –

@fourzyzylqnn Tempat healing kita dah tak ada guys #viewkl #healing #bukittunku ♬ Strong Sad Vibes (Cover) – Khalid BIN

@wayyanz Bukit Tunku View Point was one of the best spots for me. It was my healing spot, my good memories and so much more. Its sad that they are blocking it once beautiful view. enjoying it the last time before it is gone #fyp #malaysia #bukittunku #kl #proton ♬ another love – favsoundds

Continue Reading
Advertisement