Connect with us

Viral

[VIDEO] Duduk Serumah Dengan Mentua, Wanita Sedih Lauk Dimasak Dibuang Belakang Rumah

Memang tidak dapat dinafikan, setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin pasti mahu hidup berdikari tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Akan tetapi, ada juga pasangan terpaksa tinggal sebumbung dengan keluarga mentua atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.

Terbaru, seorang wanita meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana lauk yang dimasaknya dipercayai telah dibuang oleh mentuanya sendiri.

Menerusi video pendek yang dikongsikan oleh Deknana222 di akaun TikTok miliknya memaparkan wanita ini sedang mengalirkan air mata kerana terpaksa ‘makan hati’ dengan tindakan mentuanya.

Menurut Nana, selepas mengambil wuduk, dia ternampak kuali kosong dalam singki yang disangka lauk telah habis dijamah.

Namun berlaku sebaliknya apabila dia tergerak hati untuk memeriksa sebelum terjumpa sisa masakannya dengan penuh hampa.

Rupa-rupanya kesemua sayur itu telah dibuang oleh mentuanya di belakang rumah sedangkan baki sayur itu masih banyak.

Lebih meruntun hati apabila si mentua kemudian meminta anak perempuannya yang baru pulang dari kerja untuk memasak hidangan lain.

“Selesai wuduk, aku nampak kuali ada di tempat cucian. Bila buka, kosong. Lepas tengok di belakang, sayur telah dibuang padahal masih banyak lagi,” luahnya.

Nana menyifatkan perbuatan ibu mentuanya itu adalah satu pembaziran. Ini kerana jika orang tua tersebut ‘tiada selera’ untuk menjamah hasil tangan wanita itu, dia sendiri boleh menghabiskan makanan berkenaan.

Tambah wanita ini lagi, andai kata mentuanya tidak mahu menjamah sayuran yang dimasaknya itu, alangkah baiknya jika makanan tersebut dibiarkan sahaja sekurang-kurangnya dia boleh makan supaya tidak membazir.

@deknana222selalu salah

♬ Doa Untuk Kamu – Aviwkila

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada wanita ini supaya bersabar dalam menempuhi ujian tersebut.

Malah, tidak kurang juga ada yang berharap agar keluarga mentuanya itu diberikan hidayah supaya berubah dan lebih menghargai wanita ini.

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.